Followers

Showing posts with label Harakah. Show all posts
Showing posts with label Harakah. Show all posts

Tuesday, 4 June 2013

KANTOI Harakah Buat FITNAH Ish Ish !!


Tu dia jangan lupa Hadi Awang tu Presiden PAS dan kalau di ikutkan dari gambar kat atas sana tu jelaslah PAS menjadikan Harakah sebagai media utama pilihanraya baru-baru ni.Hmm biasalah setiap parti politik yang bertanding akan mempunyai media tersendiri cumanya media PAS ni agak menarik sebab bukan setakat melaporkan berita siap buat FITNAH lagi hahahahahaha....Jom tengok apa dia yang kata fitnah tu...


Perghh tu dia BUKTI yang selama ni di cari-cari puak-puak bangla sedang beratur nak mengundi.Huh patutlah bukan main lagi hantam BN.Tapi nanti dulu bro..MMI nak bagitau bukan setakat buat FITNAH harakah ni tapi dah sampai tahap menghina orang.


Orang Asli dituduh sebagai orang Bangla !

Lihatlah betapa jijiknya propaganda lidah rasmi pembangkang itu yang didakwa menabur fitnah di dalam facebook dan mungkin akan dipercayai oleh pengguna internet yang kebanyakannya generasi muda.

Dan bayangkanlah, propaganda kotor ini telah digunapakai untuk sekian lama terutamanya dikalangan facebookers yang menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina.Baca Seterusnya 

Kesian dan sedih dengan juak-juak macai pembangkang ni..Bukan boleh tegur nanti mengamuk macam budak-budak..MMI serah kepada semua untuk nilai sendiri.

MMI.

Tuesday, 22 January 2013

PRU13 Rakyat Bakal HUMBAN PAS Dalam REBAN AYAM !!


Terlebih dahulu MMI nak ucap tahniah pada HARAKAH akhbar rasmi parti PAS yang sering menuduh pihak lain sebagai kaki carut,fitnah,seks dan sebagainya kerana kini segalanya sudah kembali kepada mereka sendiri.

Kerana tindakan Harakah maka jelas rakyat bakal humban PAS dan seluruh pimpinannya jauh-jauh kerana langsung tidak relevan dan boleh dipercayai , apatah lagi sering saja menjadikan Islam itu sebagai bahan untuk kempen politik murahan mereka.

Gambar di bawah menceritakan segala-galanya dan kepada semua fikir serta carilah jalan terbaik kerana masa tidak menunggu kita..


Maaflah kepada juak-juak Pakatan Haprak ampa BIADAP ! belajarlah sikit untuk hormat orang lain cuma nya kali ni pasti rakyat SARAWAK MARAH !!

Bila dah marah ampa pun taulah akibatnya kan ??

MMI.

Thursday, 13 December 2012

Kerana JUDI HARAKAH Bakal Di SAMAN ?!!


Mengikut satu laporan dalam akhbar HARAKAH pusat-pusat judi di Pulau Pinang kini tumbuh umpama cendawan selepas hujan.Malah melalui tinjauan dari pihak HARAKAH sendiri sememangnya wujud pusat-pusat judi tersebut.


Lagi laporan dari harakah , seorang penduduk sebuah taman di Bukit Mertajam yang mahu dikenali sebagai Zaki berkata, masalahnya sekarang ramai anak muda termasuk pelajar sekolah mula membanjiri tempat tersebut untuk berjudi.

Ramai pelajar berkenaan ialah pelajar Melayu berbanding kaum lain seperti Cina dan India.

"Saya rasa malu bila mendapati ramai pelajar sekolah berpusu-pusu memasuki tempat berkenaan.  Ia menjadi keseronokan mereka di waktu cuti persekolahan, " terangnya malu dengan kaum lain.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali dengan nama Ong menyifatkan, sepatutnya pihak berkuasa melarang terus gejala yang merosakan generasi muda yang bakal menjadi kepimpinan negara.

"Apa akan terjadi kepada generasi muda tidak kira apa etnik sekalipun kerana yang utama mereka adalah kepimpinan masyarakat pada masa depan, " katanya.

MMI memuji tindakan harakah melaporkan berita sedemikian , barangkali dah tersedar dari lamunan sebab dalam muktamar PAS baru-baru ini harakah antara pihak yang teruk di hentam oleh para perwakilan PAS sendiri.

Apa pun MMI ucapkan syabas dan tahniah kerana inilah antara bahan berita yang dikira baik yang seharusnya dilakukan lama dulu.

Persoalannya mengapa sekarang ? Mengapa sekarang baru berita sebegini dikeluarkan oleh Harakah ? Apakah kerana ianya turut berkaitan dengan apa yang sedang berlaku dalam PAS hari ini ? Atau ianya ada kena mengena dengan tempoh waktu pilihan raya yang semakin hampir ?

Maklumlah berita sebegini boleh menyebabkan juak-juak PAS dan penyokong-penyokong mereka merasakan PAS sememangnya memperjuangkan Islam !!

Apa mungkin selepas ini kerajaan negeri Pulau Pinang bakal menyaman Harakah kerana mengeluarkan berita sedemikian seolah-olah menempelak kerajaan negeri maklumlah lesen-lesen diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan dan sudah semestinya ianya hanya dikeluarkan kepada pemilik bukan Islam dan semestinya untuk pengunjung bukan Islam.

Apa pun yang terbaik MMI sokong cumanya masih bermain di fikiran ni mengapa baru sekarang aaa ???

MMI.

Thursday, 29 November 2012

Giliran MAHFUZ Jadi HERO ?!!


Jika sebelum ini Nasruddin si pembohong sudah pun melakukan aksinya dengan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pimpinan tertinggi PAS berkenaan isu doa KO BN kini tiba pula giliran si Mahfuz hero hindustan yang turut tidak mahu melepaskan peluang dari dilihat oleh pucuk pimpinan PAS supaya dalam pilihan raya nanti ada tempat yang disediakan kepada beliau.

Mahfuz si hero hindustan ini begitu bersungguh-sungguh mahu menyeru seluruh juak-juak PAS supaya membuat satu laporan polis kononnya ucapan Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil berbaur ancaman.

Berikut adalah kenyataan beliau dalam akhbar HARAKAH..


Kihkihkih agak-agak lah Mahfuz oi  ! Kalau nak pucuk pimpinan nampak kerja buat kita tu biarlah kerja buat yang benar-benar profesional sikit.Janganlah sampai dah tak guna otak langsung.

Jika ucapan Ketua Wanita UMNO Malaysia itu dikira ancaman maka parti PAS yang selama ini mengkafirkan serta memurtadkan orang-orang UMNO itu lebih dari ancaman sebenarnya.

Bukankah hukuman dalam Islam sekiranya seseorang itu murtad atau keluar dari Islam maka orang tersebut haruslah di bunuh ? 

Maka jika dikira tuduhan PAS terhadap UMNO adalah lebih dasyat dan tuduhan tersebut bermakna PAS sudah pun menjatuhkan hukuman bunuh terhadap seluruh ahli-ahli UMNO !

Mengapa dalam soal ini Mahfuz yang berada dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam tidak pula menyeru ahlinya untuk membuat laporan polis ?

BAQHAL adalah perkataan yang paling sesuai MMI gunakan kerana jelas pemimpin seperti Mahfuz sebenarnya hanyalah pemimpin yang mahu mencari publisiti murahan apatah lagi dalam suasana pilihan raya yang semakin hampir.

Paling menarik adalah akhbar HARAKAH sendiri yang menyiarkan kenyataan tersebut , sejauh mana tahap otak dan kewibawaan akhbar HARAKAH dalam soal ini ? Mereka ternyata hanya menjadi pentas mahupun jambatan kepada pemimpin PAS untuk menyerang dan menghentam UMNO tanpa menganalisa kesannya terhadap imej akhbar HARAKAH itu sendiri.

HARAKAH barangkali terlupa selama ini huru hara yang dicetuskan oleh pengkianat-pengkianat negara dalam impunan BERSIH adalah lebih teruk dan jijik malah lebih mudah mendatangkan ancaman kepada negara seperti mana yang berlaku antaranya serangan terhadap anggota dan kereta Polis hingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Nampaknya segala usaha para perwakilan dalam muktamar PAS sebelum ini yang menyarankan agar HARAKAH memperbaiki mutu berita yang dikeluarkan hanyalah sekadar rungutan yang langsung tidak diambil kira oleh pucuk pimpinan PAS.

PAS lebih selesa menjadikan HARAKAH sebagai lapangan perang politiknya !! Kesian.....

MMI.

Tuesday, 20 November 2012

PANAS HARAKAH Melacur !!


Di Muktamar ke 58 Parti PAS kali ini, selain menjadikan persidangan ini sebagai waktu untuk UMNO “bashing” akhbar rasmi PAS ianya juga tidak terlepas dari serangan pihak tertentu di dalam parti sendiri.

Dewan Pemuda PAS melalui Pemuda PAS Wilayahnya telah menyergah akhbar Harakah yang menjadi lidah rasmi PAS sebagai telah tersasar jauh dari matlamat membantu perjuangan Islam parti itu.

Kritikan atau pun boleh di anggap sebagai luahan tidak puas hati terhadap cara editorial akhbar itu mempamerkan hidangan berita dan infomasi yang jauh dari yang di harapkan oleh ahli bawahan PAS. Salinan Usul mengkritik media rasmi PAS itu telah di sebarkan kepada sebilangan wartawan dari pelbagai agensi berita dan media.

Usul mahukan keseluruhan sidang redikasi dan edtitorial akhbar PAS itu di rombak atas sebab pengkabaran dan hala tuju lidah rasmi itu sudah tersasar jauh dan ternyata tidak langsung mencerminkan perjuangan dan kehendak parti.Ia di tambah lagi dengan dakwaan bahawa akhbar Harakah hanya membuat laporan dan berita untuk menyiarkan agenda pihak tertentu di dalam PAS dan menafikan sebahagian lain aktiviti serta kerja pihak pihak yang bukan sealiran dengan editorial nya.

Lebih dari itu Harakah sudah di anggap menjadi suara pihak liberal dan Anwarinas yang tidak lansung mencerminkan perjuangan Islam PAS. Malah ada kalanya berita dan aktiviti serta hal ehwal Anwar Ibrahim lebih banyak di laporkan dari hal ehwal pemimpin parti itu. Dalam pada itu juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz tidak lepas dari mengambil kesempatan dalam mengkritik Harakah .Antara lainnya lidah rasmi PAS di tuduh sebagai menyemat agenda tersendiri yang di kuasai oleh pihak tertentu dari dalam dan luar PAS.

Seruan agar lidah rasmi PAS untuk tidak menjadi alat kepada mana mana individu berkepentingan di buat di persidangan Dewan Pemuda PAS.Malah jauh dari itu wakil Pemuda Melaka juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap laporan berlebihan Harakah terhadap aktiviti berunsur Syiah di dada akhbarnya.Kekesalannya terhadap perkara ini atas sebab dakwaannya para bloggers pro-BN telah mengambil kesempatan kepada laporan Harakah dengan menuduh parti PAS secara tidak langsung mempromosikan ajaran Syiah dan memperlekehkan perjuangan Islam Suni.

Jika di ambil kira kepada perkara di atas, sebenarnya rakyat di luar PAS telah lebih lama mengesan segala tuduhan dan dakwaan yang di buat oleh Pemuda PAS.Ianya terlalu ketara dan nyata.Malah ada kalanya harakah lebih “Anwar Ibrahim” dari Suara Keadilan.Paling tidak boleh di terima oleh Pemuda PAS ialah bila Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa di serang oleh Harakah. Ianya seolah olah tiada berita lebih penting dan utama selain dari menyerang dan menghentam ahlinya sendiri yang tidak sehaluan dengan pucuk kepimpinan PAS.

Tindak tanduk Harakah yang tidak partisan dan amat berpihak ini seolah olah media rasmi PAS itu sudah di tawan oleh pihak pihak tertentu dari dalam yang sudah di beli oleh pihak “luar”.Pemuda PAS mahukan harakah kembali kepada perjuagan asal dan menumpukan aktiviti ahlinya dan bukan lagi menjadi landasan menyebarkan agenda pemimpin komponennya.

Amat tepat sekali apabila masyarakat majmuk tidak melanggan Harakah kerana berita yang di hidangnya terlalu "predictive" dan "monotonous". Harakah, dakwa Pemuda harus menghidangkan berita dan laporan yang lebih tinggi mutunya dalam menghadapi persaingan untuk mendapat tempat menambat hati rakyat dan pembaca.

Parti PAS harus berterima kasih kepada organ Pemudanya kerana peka dan sedar akan kepincangan media Harakahnya yang kini tidak lagi berwajah PAS , tapi menjadi alat kepada pemimpin tertentu di dalam komponennya.Memang amat jarang mana mana pihak di dalam PAS yang boleh berterus terang dan berjujur di dalam memberi pendapat.

Peluang di tegur dan di sergah ini harus di amati oleh kepimpinan tertinggi PAS dan terutamanya usul pihak Pemuda yang mahu sidang redikasi dan editorialnya di rombak dan di tukar dengan menyeluruh sejajar dengan kedudukan Harakah sebagai lidah rasmi PAS dan bukannya alat untuk pihak tertentu di dalam PAS dan alat kepada agenda pemimpin komponen nya.

Komen MMI

Nampaknya apa yang sering dituding kepada Utusan Malaysia dan Berita Harian sebenarnya terarah kepada harakah sendiri.Melihat akan apa yang berlaku jelaslah selama ini harakah adalah "medium" yang digunakan oleh juak Pakatan Haprak untuk menyerang UMNO dan Barisan Nasional sahaja dan natijahnya HARAKAH HILANG MARUAH serta INTERGRITI sebagai akhbar yang bermutu.

Bayangkan jika akhbar sendiri pun dilacurkan bagaimana agaknya jika mereka menjadi kerajaan dan berkuasa ?

MMI.

Labels