Followers

Saturday 17 November 2012

PANAS Nurul SAMAN MalaysiaKini & Majlis Peguam ?!!


Betul ke Nurul saman Majlis Peguam ? Kalau di kira dengan sikap puak-puak Pakatan Haprak sebelum ni memang bab SAMAN MENYAMAN ni dah jadi macam barang mainan mereka.Sebelum ni sikit punya heboh Nurul nak SAMAN Utusan Malaysia dengan Berita Harian kerana dituduh memutar belitkan kenyataannya.

Dalam perkembangan terbaru pula , Nurul sudah pasti selesa kerana PAPA kesayangannya dah pun "backup" baik punya.Kemudian pencacai PAS pula dah pun ambil keputusan untuk serahkan kepada masyarakat untuk nilai jadi tak timbul soal beliau bakal diherdik mahupun dihentam oleh mana-mana pihak dalam Pakatan Haprak.

Kalau ada pun bunyi-bunyi tu hanyalah suara-suara sumbang yang tak mampu merubah apa-apa kerana selagi manusia bernama Nik Aziz masih hidup mahupun bertaubat pimpinan Pakatan Haprak bebas melakukan apa saja.

Dalam semua perkara yang MMI catatkan diatas hanya satu saja yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.Mengapa agaknya Nurul langsung tidak bersuara mahupun terdetik dihatinya untuk menyaman Siti Zabedah ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam ?

Malah Siti Zabedah sendiri sebenarnya sudah pun mencabar Nurul untuk menyaman beliau sekiranya Nurul masih lagi dengan kenyataan penafiannya.

Menurut Siti Zabedah, kenyataan Nurul Izzah bagi menjawab soalannya dalam forum itu sangat jelas dan difahami maksudnya oleh para hadirin forum berkenaan.

Berhubung cabaran banyak pihak kepada Nurul Izzah untuk menyamannya, Siti Zabedah berkata, beliau sama sekali tidak gentar kerana berpegang kepada kebenaran.

“Saya tidak percaya beliau akan (saman saya), saya hanya seorang peguam yang bertanyakan soalan dan beliau sendiri yang menjawab soalan itu. Sudah tentu, apa yang saya tanya itu bukannya di luar konteks kerana forum itu membincangkan tentang kebebasan beragama di Malaysia. Saya tiada masalah, saya tidak takut apa-apa, berani kerana benar, saya sokong apa yang benar, apa yang betul," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam forum yang bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?, Siti Zabedah merupakan individu yang bertanyakan soalan kepada Nurul Izzah sama ada kebebasan beragama patut diperluaskan kepada orang Melayu memandangkan isu itu disebut pemimpin PKR tersebut dalam forum berkenaan.

Sudahlah tak berani langsung untuk menyaman MalaysiaKini , individu seperti Siti Zabedah pun Nurul takut nak saman ke ? Misteri bukan ?

Semestinya ada sesuatu yang mengganggu emosi Nurul pada ketika ini dan mungkin ianya ada kena mengena dengan mereka dari MalaysiaKini dan Majlis Peguam sendiri yang tahu sesuatu yang memungkinkan tindakan saman tersebut terpaksa diabaikan.

Apa yang pasti seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti perkembangan terbaru berkenaan isu ini dan satu perkara yang harus Nurul tahu , rakyat sudah mula membuka mata dan mengenali siapa Pakatan Haprak dan mereka kini tidak rela melihat sebuah negara seperti Malaysia dihancurkan oleh sebilangan pemimpin yang sanggup melakukan apa saja demi kepentingan politik murahan.

Seharusnya rakyat perlu berterima kasih kepada Nurul malah kepada Anwar,Lim Guan Eng dan semestinya PAS kerana menyedarkan mereka siapa Pakatan Haprak sebenarnya !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels