Followers

Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts
Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts

Friday, 8 February 2013

Adehh Shila NANGIS Weiiii....


MMI tak tau nak cakap apa..Nama Shila Amzah sejak kebelakangan ni semakin di landa kontroversi , kontroversi tentang hal peribadi melibatkan keluarga dan kisah percintaannya.MMI sebolehnya malas nak tulis tentang cerita ni sebab Shila tak pernah buat salah dengan MMI.Tapi apa yang bakal ampa semua saksikan kat bawah ni benar-benar menunjukkan Shila amat-amat tertekan dengan apa yang berlaku.

So pada semua "give her space" , sayang kalau Malaysia hilang seorang artis berbakat seperti Shila....


MMI.

Thursday, 20 December 2012

SHILA Jaga Sikit Perangai Tu !!!


Shila jaga sikit perangai tu !! Barangkali itulah kata-kata yang keluar dai mulut N.D Lala bapa kepada Shila Amzah yang kini sedang sibuk membuat persiapan bagi menghadapi World Music Awards (WMA) di Miami, Florida, pada 22 Disember ini.

ND Lala mahu anaknya menumpukan perhatian kepada kerjaya bukan ulas cerita peribadi , belum reda perihal luahan kasar pelakon Sharnaaz Ahmad, 27 di laman Twitter gara-gara ucapan Shila Amzah 22 ketika Anugerah Planet Muzik (APM) Ahad lalu, sehari kemudian penyanyi itu pula membuat pendedahan sudah menerima lamaran jejaka terbabit.

Seperti drama rantaian dengan aneka konflik, episod turun naik percintaan yang bagai sengaja mahu dipertontonkan kepada umum menerusi laman sosial akhirnya dibiarkan bungkam begitu saja apabila Shila mahu pun Sharnaaz mengambil pendekatan berdiam diri.


\Walau si lelaki mendakwa akaun Twitternya digodam dan Shila pula memadamkan status ‘lamaran’ yang ditulisnya tidak lama kemudian, ia tetap mengundang perhatian ramai.

Selepas usaha mendapatkan kedua-duanya menerusi panggilan serta sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak berbalas, kenyataan soal lamaran yang sepatutnya lebih manis tidak dibicarakan secara terbuka itu diajukan kepada bapa Shila, ND Lala.

Harumkan negara lebih penting bagi pelakon, penyanyi dan pengacara veteran ini, sebagai insan yang melihat jatuh bangun anak sulungnya itu selama 12 tahun untuk berada pada tahap sekarang, dia lebih selesa andai Shila memberikan tumpuan terhadap kerjaya berbanding hal peribadi.

Menerusi kiriman e-mel, ND atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, berkata dia tidak mahu Shila memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu berikutan tumpuan yang perlu diberikan kepada persiapan rapi untuk ke World Music Awards (WMA) di Miami, Florida, pada 22 Disember ini.

“Terima kasih kepada media, peminat dan masyarakat kerana terus memberi perhatian terhadap kerjaya Shila dan saya melihat tumpuan mengangkat nama baik negara lebih penting daripada hal yang bersifat peribadi.

“Buat masa ini saya tidak mahu Shila memberi ulasan kerana perhatiannya lebih kepada WMA memandangkan dia dicalonkan untuk kategori Artis Wanita Terbaik dan Penghibur Terbaik, sekali gus sejarah bagi industri muzik kita di mata dunia,” katanya.

Bersaing dengan Siti, Adele Selain Shila, Datuk Siti Nurhaliza turut terpilih sebagai wakil negara bagi edisi ke-23 WMA yang menampilkan lebih 200 selebriti terkenal dunia merebut trofi daripada sembilan kategori dipertandingkan.

Bagaimanapun, Siti hanya dicalonkan dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang menyaksikan persaingan dengan Madonna, Adele, Taylor Swift, Pink, Kelly Clarkson, Alicia Keys serta lebih 30 penyanyi antarabangsa lain.

Pada masa sama, ND juga memberi penegasan bahawa hal peribadi yang boleh ditatap orang lain adalah tidak wajar dan secara tidak langsung seakan merujuk kepada keterbukaan anaknya di laman sosial. - Lapor Berita Harian.

MMI bersetuju dengan N.D Lala dalam hal ni , Shila harus menumpukan kepada kerjaya kerana beliau antara artis Malaysia yang sedang meningkat naik di tambah pula dengan personalitinya yang sedap mata memandang Shila mempunyai masa depan yang cukup cerah dalam industri hiburan tanahair.

Macam biasa MMI sentiasa memberikan sokongan kepada Shila Amzah kerana bakat dan personalitinya.Teruskan kecemerlangan dalam mengharumkan nama negara.

Semoga papa ehh N.D Lala dan Shila terus sukses hehehe..

MMI.

Sunday, 9 December 2012

Shila Amzah Bakal Berentap Dengan Artis Tersohor Dunia


Semakin hari Rezeki Juara Asian Wave Shila Amzah semakin naik,itu lah berkat kesabaran dan usaha Shila Amzah.Ampa tau ka , Shila Amzah telah menjadi artis pertama Malaysia yang tercalon dalam "World's Best Female Artist".

"World's Best Female Artist" ialah salah satu anugerah tertinggi di dunia bagi mengiktiraf golongan artis perempuan. Dalam "World's Best Female Artist" ini 41 peserta akan dipilih di seluruh dunia dan Shila Hamzah salah seorang daripadanya. 

Pencalonan ini meletakkan Shila sebaris dengan artis wanita terhebat dunia seperti Adele, Serena Gomez, Beyonce, Taylor Swift, Rihana, Nicki Minaj, Pink, Lady Gaga, Kety Perry, Kelly Clarkson, Jennifer Lopez.

Tahniah MMI ucapkan kepada Shila. Rezeki penyanyi ini semakin murah dan tidak mengejutkan nanti Shila bakal diikat kontrak oleh syarikat gergasi dunia. Shila Amzah telah tersenarai sebagai calon utama dalam kategori "World’s Best Female Artist" menandingi 40 calon hebat yang lain.

Pencalonan ini bermakna Shila Amzah kini terpaksa bersaing dengan Adele, Taylor Swift, Selena Gomez, Pink, Kelly Clarkson & Madonna Menurut laman Wikipedia, majlis anugerah ini mengiktiraf artis berdasarkan rekod jualan album & lagu di seluruh dunia namun ada laman untuk mengundi yang belum berfungsi.

Tahniah buat Shila Amzah yang berjaya di calonkan. Tapi Dalam Gambar pencalonan mereka letak gambar Shila Amzah tak pakai tudung.


Diharapkan masa majlis anugerah berlangsung Shila Amzah menjadi satu-satunya "World Best Female Artist" yang memakai tudung.Terbaiklah Shila , MMI sentiasa menyokong..Memang "World" lah..

Psstt teringin juga nak jumpa N.D Lala ops silap Shila Amzah hehe...

MMI.

Tuesday, 20 November 2012

PUNGGAH Artis Bertudung Di Tangkap Bercium MULUT ?!!


Kebelakangan ini begitu ramai artis wanita Malaysia yang sudah pun bertudung malah penghijrahan ini merupakan sesuatu yang amat baik sekali.Jika dulunya barisan artis sentiasa di lalelkan sebagai seksi dan seksa kini ianya semakin menampakkan perubahan.

Terbaru di beritakan seorang artis bertudung telah ditangkap bercium di depan khalayak ramai.Aduih siapa pula artis yang di maksudkan ni ?? Kalau benar lah mengapa ianya berlaku ? Bertudung pula tu ??

Jom kita terjah cerita kat bawah ni .....
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Laa Shila Amzah rupanya !! Apa cerita ni...Penyanyi Shila Amzah memohon maaf kepada peminat kerana tindakan spontannya mencium tangan kekasihnya pelakon Sharnaaz Ahmad ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah IndustriMuzik (AIM) ke-19, malam Sabtu lalu.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, berkata, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja lebih-lebih lagi pada ketika itu dia berada di samping orang yang disayanginya apabila pengumuman dibuat.

"Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berada di samping orang yang saya sayang.

"Ia merupakan satu pengajaran besar dan saya bukanlah seorang yang sempurna," katanya.

Pada AIM19 yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati, Shah Alam itu, aksi Shila mencium tangan Sharnaaz selepas diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menimbulkan perasaan kurang senang pada khalayak.

Aduhai inilah masalahnya apabila kita terlalu mengambil mudah dengan setiap perkara yang kita lakukan.Apa pun tindakan Shila mencium tangan kekasihnya itu adalah satu kesalahan besar yang tak sepatutnya berlaku apatah lagi dilakukan didepan khalayak ramai sedangkan mereka tiada apa-apa ikatan sah.

Walaubagaimanapun MMI memuji tindakan Shila yang cepat mengakui kesalahannya dan memohon maaf kepada semua pihak.Semoga Shila Amzah lebih berhati-hati selepas ini dalam setiap perbuatannya.

Psstt Dah ada kekasih rupanya !!

MMI.

Monday, 19 November 2012

PAS Mula Intai Sheila Amzah ?? Ada Kualiti...Terbaik !!


Anugerah Industri Muzik ke 19 (AIM19) tahun ini menyaksikan kemenangan besar dari kalangan barisan artis terkenal dibolosi penyanyi seperti Shila Amzah, Jaclyn Victor, Nora, Forteen dan ramai lagi.

Malam Anugerah Berprestij yang dihoskan oleh Pengacara No. 1 Malaysia Aznil Haji Nawawi digandingkan bersama Abidah Noor itu turut diserikan dengan beberapa persembahan lagu seperti Muara Hati nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz AF7, Patah Seribu (Shila Amzah), Jagalah Diri (Jaclyn Victor) dan ramai lagi.

AIM19 turut diserikan dengan jemputan penyanyi berkumpulan yang diterbangkan khas dari Indonesia iaitu Kumpulan Nirwana yang mempersembahkan lagu popularnya berjudul 'Sudah Cukup Sudah.

MMI sendiri pun tak sempat nak tengok cumanya tertarik dengan keputusannya apabila menobatkan lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah sebagai LAGU TERBAIK.

Bagi MMI , kemenangan ini membuktikan bahawa sebagai artis bertudung sekalipun sekiranya kita mempunyai bakat pastinya bakat itu akan menzahirkan kejayaan.Malah rasanya kepuasan itu akan lebih dirasai kerana sememangnya kualiti dan bakatlah yang menjadi tumpuan kepada barisan pengadil.

Bukan macam sesetengah artis lain yang sanggup mendedahkan tubuh badan sendiri demi mengejar kejayaan.Paling teruk apabila mendedahkan anak suara yang serupa celaka menghina orang lain sedangkan diri sendiri pun belum tentu hujung pangkalnya.

MMI bukan anti sosial tetapi lebih suka setiap kejayaan itu datangnya dari usaha dan kualiti diri sendiri selain dari menjaga kesopanan sebagai orang Melayu dan Islam.

Saksikan bakat dan kualiti yang ada pada Shila Amzah..


Tahniah Shila Amzah..Cantik walaupun bertudung !!

Psstt tahniah juga pada kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib ada kualiti bukan macam PAS dan puak Pakatan Haprak tu kualiti tak ada sampai sanggup lacurkan perjuangan sendiri.

MMI.

Labels