Mengikuti ucapan dasar oleh Presiden UMNO pagi tadi membuatkan MMI terfikir sejenak , apakah juak-juak PAS langsung tidak merasakan mereka seolah-olah sedang di tampar atau di cubit-cubit oleh pemimpin nombor satu UMNO ini ?
Namun lamunan itu terhenti apabila mengingatkan kata-kata Timbalan Presiden PAS yang sanggup makan babi dengan Guan Eng dari makan ayam dengan Najib.
Apa pun MMI bersyukur dengan apa yang telah disampaikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak pagi tadi yang bertegas bahawa UMNO tidak akan sekali-kali mencaci dan menista saudara seagama sepertimana yang dilakukan pembangkang,sebaliknya akan terus mempertahankan perpaduan umat.
Menurut Presiden UMNO, parti itu juga akan terus mempertahankan kesucian dan kemurnian akidah umat Islam di negara ini.
Justeru, kata Najib, UMNO menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendokong fahaman pluralisme dan liberalisme.
"Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi bahawa UMNO komited untuk terus mempertinggikan Islam berteras maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan," kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi tadi.
MMI.
No comments:
Post a Comment