Followers

Wednesday 12 December 2012

Ada Cerita Di Sebalik Isu Pampasan Kuari Penduduk Kg Pelet ?!


BUKIT MERTAJAM 10 Dis. - Kira-kira 50 penduduk Kampung Pelet di sini, mengadakan demonstrasi secara aman di pekarangan Masjid Kampung Pelet untuk menuntut ganti rugi baik pulih rumah yang rosak akibat letupan kuari di kawasan itu.

Wakil penduduk, Mohd. Yusof Daud, 33, mendakwa, masalah itu telah berlarutan sejak dua tahun lalu dan masih tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang.

Katanya, isu yang dihadapi penduduk telah dimajukan kepada agensi-agensi kerajaan, termasuklah Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT), namun belum ada jalan penyelesaian.

"Anggaran kerosakan dialami pendudukan sebanyak RM 1.4 juta dan hasil rundingan, pihak syarikat terbabit bersetuju membayar separuh daripada tuntutan itu berdasarkan penilaian yang dibuat Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya ketika ditemui di sini semalam.Seterusnya 

Untuk makluman semua MMI dah bawakan isu ini semenjak 23 November 2011 yang lalu dan sebenarnya ada cerita menarik di sebalik apa yang berlaku.

Mengikut maklumat terdapat penduduk resah dengan apa yang berlaku terhadap kediaman mereka hanya kerana satu projek yang berdekatan dengan penempatan penduduk dan telah mengajukan permasalahan ini kepada ADUN kawasan.Kemudian tinjauan dilakukan serta mereka berjanji akan menyelesaikan permasalahan tersebut dengan kadar segera.

Lalu satu mesyuarat diadakan melibatkan ADUN kawasan dan kepimpinan termasuk Pejabat Daerah untuk menyelesaikan permasalahan penduduk ini.

Kemudiannya ADUN ini telah menyediakan peruntukan untuk disalurkan kepada penduduk bagi membantu mereka mengurangkan beban namun yang mengejutkan MMI adalah sewaktu dalam mesyuarat seseorang daripada Pejabat Daerah telah menyatakan supaya tidak menyalurkan peruntukan sekarang kerana beliau mahu serahan peruntukan dilakukan pada masa pilihanraya diadakan ini bagi mendapatkan sokongan daripada penduduk yang terlibat.

Kemudiannya keputusan dicapai dan peruntukan tersebut yang telah tersedia disimpan semula.Inilah sikap hipokrit pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak yang dilihat begitu gusar dan tak senang duduk apabila UMNO dan Barisan Nasional terus-terusan mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat Malaysia.Baca Seterusnya

Percaya atau tidak rungutan ini pasti akan diselesaikan dalam masa terdekat oleh si ADUN dan kerajaan negeri pimpinan rejim DAPigs dan sudah semestinya mereka mahu dilihat sebagai pembela rakyat.

Jangan lupa isu ini sudah berlaku semenjak NOVEMBER 2011 yang lalu dan sepatutnya penduduk tersebut sudahpun mendapat ganti rugi mereka tetapi kerana permainan dan strategi politik maka setahun lamanya nasib rakyat dinafikan.

Kepada penduduk Kg Pelet dan Penanti lihatlah apa yang ADUN ampa buat setelah ampa semua bertungkus lumus memberikan kemenangan kepada beliau.TAHNIAH semua !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels