Followers

Saturday 8 December 2012

Adeh..Gadis Mengaku Pelanggannya Kakitangan Kerajaan !!

Gambar Hiasan
Skandal membabitkan seorang remaja perempuan yang diupah pemaju melayan nafsu kakitangan kerajaan dan aksi itu dirakam sebagai bahan ugutan kini menggegarkan.

Adeh ! dalam suasana politik yang agak menarik dengan kehadiran YAB PM ke Pulau Pinang kini timbul pula isu kakitangan kerajaan di rasuah dengan pelacur.Aduhai perkara semacam ini sepatutnya tidak berlaku kerana sebagai kakitangan kerajaan mereka sebenarnya tahu setiap kesilapan apatah lagi dalam soal begini ianya mencemarkan imej kerajaan itu sendiri.

Namun kepada anda semua jangan risau sangat kerana kejadian ini berlaku di bandar Chongqing yang pernah ditadbir ahli politik popular, Bo Xilai.

Lima pegawai kerajaan tempatan dipecat setakat ini selepas rakaman berkenaan bocor dan tersebar.

Seorang bekas wartawan yang mendedahkan skandal itu berkata, ada beberapa rakaman lain yang dimilikinya.

Berita mengenai video dirakam pada 2007 itu hanya tersebar kepada umum bulan ini.

Pendedahan itu dibuat ketika kerajaan Pusat menggembeling usaha mereka membanteras amalan rasuah bagi meningkatkan kewibawaan bakal pemimpin baru China. Kepemimpinan komunis China memang menyedari amalan rasuah dan salah guna kuasa banyak menjejaskan imej parti berkenaan.

Ia juga menyebabkan pentadbiran mereka di China menjadi kurang berkesan.

Itu di China bro..Malaysia pun tak kurang hebat juga jadi kepada kakitangan kerajaan tu pikirlah dulu carilah yang halal sebelum nak mengagau noo..Jangan sampai macam sorang tu dah keluar dalam internet semua tapi masih juga dok nafi..Nafi apa bersumpah pun tak berani !! Puii..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels