Followers

Monday, 24 December 2012

ARTIS - Politik , Publisiti & Cari Makan

Gambar Hiasan
Artis di Malaysia kini nampaknya sudah semakin "upgrade" dalam segala segi.Malah keterlibatan mereka dalam industri hiburan mahupun perfileman negara tidak perlu di pertikaikan lagi cumanya cara dan pendekatan masing-masing saja yang membezakan seseorang artis itu.

Namun entri ini bukannya mahu membicarakan soal kehidupan artis dalam dunia yang dikatakan penuh 'glamour" tetapi cuba menyingkap sejauh mana keupayaan para artis negara kita dalam bidang lain khususnya dalam dunia politik.

Tak di nafikan artis kini sudah menjadi sebahagian daripada dunia politik , melihat kepada senario terkini parti politik yang dulunya tidak terlalu terbuka dalam membawa para artis bersama mereka sudah pun memberikan ruang dan membuka pintu bagi menerima kehadiran para artis di sisi mereka.

Cumanya sejauh mana para artis ini menyumbang kepada perjuangan parti itu yang membezakan sesetengahnya.

Malah cakap-cakap di luar sering kali menyebut artis Malaysia selain dari dunia artisnya mereka memerlukan publisiti untuk terus menapak dalam industri yang sedang berkembang ini.

Apa pun sejauh mana keterlibatan dan sumbangan para artis dalam dunia politik hanya boleh ditentukan melalui gerak kerja mereka selain dari menjadi daya tarikan buat para penyokong parti dalam program-program yang dijalankan.

Apakah artis yang terlibat dalam dunia politik hanya sekadar memenuhi undangan bagi menarik kehadiran masyarakat serta mencari publisiti ?

Apakah keterlibatan mereka sekadar mencari makan ataupun dalam kata lain menjaga periuk nasi sendiri ?

Pasti ramai yang sudah pun melihat keterlibatan mereka dalam dunia politik cumanya dengan pelbagai isu yang berlaku timbul persoalan apakah para artis ini tahu berpolitik ?

Seperkara yang perlu diingat artis perlu mempunyai ILMU sebelum memilih untuk aktif berpolitik kerana ia penting bagi mengelakkan mereka terjebak dalam dunia politik yang tidak sihat seterusnya menjadi penyumbang kepada perpecahan bangsa dan negara.

Hal ini berlanjutan akibat kedangkalan ilmu dan akal politik sesetengah artis yang dimonopoli pula dengan ketaksuban penyokong parti tertentu.

Pertembungan idea dan pandangan ini menjadikan industri hiburan dan politik menjadi cacamarba. Oleh itu, golongan artis perlu mendalami politik dan politik kepartian terlebih dahulu agar sama-sama dapat melakukan satu transformasi negara ke tahap lebih maju dan disanjung.

Mereka perlu benar-benar jujur dan ikhlas dalam menggalas tugas sebagai ahli parti dan bukan lagi masanya untuk terbawa-bawa ‘trend’ yang penuh glamor dan sentiasa mencipta kontroversi.

Artis perlu memahami tujuan berpolitik untuk membangun dan mendukung dasar-dasar parti atas semangat kesedaran tinggi agar pembangunan negara bangsa dan hala tuju nasional dapat terlaksana.

Sebaiknya mereka (artis) perlu melengkapkan diri dengan ilmu sains politik, perang saraf dan komunikasi sebelum menempatkan diri di tengah-tengah khalayak untuk berbicara dan berkomentar berkaitan politik semasa agar setiap tutur bicara, idea dan tingkah tidak menjadi bahan ketawa atau lebih malang menjadi sumber perpecahan bangsa.Baca Seterusnya.

Psstt semalam kawan MMI cerita baru-baru ni dia borak-borak dengan Rozita Che Wan sambil pekena teh o ais..boleh percaya ka ??

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels