Followers

Monday, 10 December 2012

Pakatan Haprak Sering Pergunakan Anda - Warga INDIA Wajib Baca !!


Selama ini MMI sering mengajukan soalan terhadap diri sendiri mengapa orang-orang India ni terlalu mudah termakan dengan janji songsang tanpa memikirkan kesannya bukan sahaja terhadap negara malah bangsa mereka sendiri.

Kadang-kadang timbul jawapan bahawa orang India barangkali mempunyai kelemahan akademik sebab itulah mereka hanya menurut saja kata-kata mahupun janji juak-juak Pakatan Haprak kononnya masyarakat India akan lebih baik bersama Pakatan Haprak.

Tetapi bila difikirkan balik benar ke ? sebab ramai masyarakat India yang dah lama keluar dari kumpulan yang buta ilmu ni.Lihat saja bagaimana masyarakat India kini boleh dikatakan semakin meningkat taraf kehidupan mereka dalam segala segi.

Malah kehidupan sebahagian daripada mereka ada yang sudah pun melebihi orang Melayu dan Cina sendiri.Jadi apakah puncanya yang menjadikan warga India memilih Pakatan Haprak pada 2008 yang lalu ?

Jawapannya mudah kerana pada ketika itu UMNO dan Barisan Nasional agak lemah , ramai orang-orang UMNO dan Barisan Nasional leka dan sombong kononnya merekalah yang paling berkuasa dan pasti tidak akan ada sesiapa pun yang mampu menandingi keupayaan UMNO dan Barisan Nasional yang sudah puluhan tahun memimpin negara.

Maka kerana itulah rakyat memberikan isyarat jelas dengan menolak UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya 2008 yang lalu.Hakikat ini harus diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia kerana kegagalan UMNO dan Barisan Nasional pada ketika itu kerana kelemahan dan kesilapan sendiri dan bukannya kerana Pakatan Haprak lebih hebat dari UMNO dan Barisan Nasional.

Itu adalah hakikatnya walaupun Pakatan Haprak menang dibeberapa buah negeri dan Barisan Nasional tidak dapat membentuk kerajaan dengan 2/3 majoriti namun dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Sebagai pendokong kepada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional , MMI mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat kerana sudah melakukan yang terbaik bagi menyedarkan UMNO dan Barisan Nasional dan bertitik tolak dari situlah maka UMNO dan Barisan Nasional terus melakukan perubahan demi perubahan sejajar dengan hasrat rakyat yang mahukan sebuah parti dan kerajaan yang mampu membela dan membawa aspirasi rakyat keseluruhannya.

Kini UMNO dan Barisan Nasional sedang mengorak langkah terbaiknya dan berada di landasan yang sebenar-benarnya bagi membela nasib rakyat malah tidak keterlaluan MMI katakan Barisan Nasional sudah pulih dari rawatan dan kini sedang bekerja untuk rakyat.

Jika selama ini warga India sering menjadi bahan mahupun ditindas dan di tipu oleh Pakatan Haprak kini nasib mereka semakin terbela bersama Barisan Nasional.Kepada seluruh warga India , MMI mahu berpesan ingatlah jangan jadikan harga diri anda sebagai bahan untuk dipijak-pijak oleh mereka yang hanya mementingkan kuasa dan nafsu politik.

Ingatlah terkini mereka sedang berusaha untuk memancing undi anda , lihat saja bagaimana Suara Penipu Keadilan Daily kali ini cuba  menipu lagi, fokus yang diberikan kali ini terhadap orang India pula. 

Dalam keratan Keadilan Daily, PKR dengan membawa mesej penipunya mengatakan  300,000 orang India tak  diiktiraf sebagai warga negara Malaysia. Bagaimanapun, perkara ini  di nafikan oleh PM kita Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Perdana Menteri, menerusi program pendaftaran kewarganegaraan kaum India yang dilaksanakan kerajaan, sekurang-kurangnya 9,000 orang telah dikesan.

"Daripada 9,000 ini, 4,500 kita sudah selesai bagi taraf kerakyatan (menerusi pemberian sijil kelahiran dan MyKad), 2,000 lagi dalam proses.

"Kita buka pendaftaran ini, sesiapa ada masalah boleh tampil ke hadapan dan saya bagi jaminan bahawa sesiapa yang layak mendapat kerakyatan, kita akan proses dan bagi kelulusan tetapi tidak sampai 300,000 orang, dia tipu," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.Baca Seterusnya.


Beringatlah , kepada warga India jangan ulangi peristiwa membiarkan Pakatan Haprak mempergunakan maruah diri kamu demi mendapatkan kuasa sebaliknya berilah kepercayaan kepada Barisan Nasional yang mendengar suara hati anda.

Malaysia pasti terus Makmur , Aman dan Sejahtera.

MMI.

1 comment:

  1. Memang benar Anwar seorang yang pandai berkata-kata. Ramai orang yang terpedaya dengan kata-katanya walaupun ramai orang kanan Anwar dah meninggalkan parti.

    Insaflah wahai manusia..

    Saya ada menulis tentang demonstrasi di blog saya.. http://jamalrafaie.com/2012/12/demonstrasi-pengadil-bola-sepak/

    ReplyDelete

Labels