Followers

Monday, 3 December 2012

Ayam Percik Kelantan MESTI BACA !


Persidangan Agung UMNO bagi tahun 2012 baru saja melabuhkan tirainya.Seperti kebanyakkan orang lain MMI juga turut terlibat dan berkampung di Kuala Lumpur.Sepanjang tempoh itu MMI seperti kebanyakkan orang lain juga mengambil kesempatan di masa terluang untuk bersama-sama dengan rakan-rakan lain bagi sesi borak-borak dan aktiviti mengalas perut (makan).

Ada sesuatu yang mahu dikongsikan bersama anda semua berkenaan satu menu makanan yang diperkenalkan kepada MMI.Untuk makluman semua terdapat dikalangan rakan dan sahabat MMI adalah mereka-mereka daripada negeri Kelantan dan sudah semestinyalah Kelantan juga terkenal dengan masakan serta makanannya.

Bersama rakan , MMI telah diperkenalkan dengan satu hidangan "ayam percik Kelantan" (seperti gambar diatas) di mana ayam percik kelantan ini tidak sama dengan ayam percik yang pernah MMI jumpa sebelum ini khususnya di Pulau Pinang.

Ayam percik Kelantan ini ditambah dengan sos ataupun kuah berupa santan yang di adunkan dengan bahan-bahan terpilih dan semestinya rasanya juga turut berbeza dengan ayam percik lain.

Setelah di minta untuk mencuba maka MMI hanya mampu berkata "SEDAP" kerana ternyata keenakkannya lain dari yang lain.Namun bukan soal keenakkannya yang mahu MMI kongsikan tetapi rahsia mahupun keunikan di sebalik hidangan "ayam percik kelantan' ini.

Di ceritakan oleh seorang sahabat bahawa makanan ini merupakan makanan yang mempunyai reputasinya yang tersendiri.Ayam percik Kelantan jika mengikut adat mahupun budayanya adalah hidangan makanan yang paling tinggi darjatnya dalam semua hidangan makanan di Kelantan.

Ayam percik Kelantan ini hanya dihidangkan kepada mereka-mereka yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam masyarakat contohnya dihidangkan kepada tok-tok guru,imam dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya.Malah diberitakan sekiranya ada majlis-majlis kenduri maka hidangan ini tidak akan dapat di sentuh oleh mereka-mereka yang lain waima kanak-kanak sekalipun.

Begitulah hebatnya hidangan ayam percik Kelantan ini sehinggakan sahabat yang menceritakan keunikan hidangan ini kepada MMI berkata beliau pernah sebak dan mengalirkan air mata kerana baru  kini beliau mampu menjamah hidangan tersebut walaupun hidangan ayam percik Kelantan itu merupakan menu di sebuah kedai makanan yang perlu dibayar.

MMI amat beruntung kerana berkesempatan menjamah dan mengenali keunikan hidangan ayam percik Kelantan yang cukup berdarjat ini.Kepada anda yang membaca entri ini sekiranya MMI tersilap dimana-mana khususnya mengenai cerita hidangan tersebut dapatlah kiranya membetulkannya di ruangan komen di bawah.

Kesimpulan yang dapat MMI kongsikan bersama anda semua adalah lihatlah betapa hebatnya hidangan ayam percik Kelantan tersebut , mempunyai darjatnya yang tersendiri dan menjadi satu kebanggaan dan pentas penghargaan kepada mereka-mereka yang terpilih sahaja.

Begitulah juga dengan bangsa Melayu hari ini , Melayu sebenarnya mempunyai darjat dan kehebatannya yang tersendiri maka pelihara dan pertahankanlah ia.Jangan jadi seperti mana hidangan ayam percik Kelantan yang MMI jamah sebelum ini kerana ianya hanyalah sekadar menu di sebuah restoran makanan di Kuala Lumpur yang hanya berharga tetapi tidak lagi mempunyai keunikan darjatnya.

Kepada orang Melayu ingatlah jangan sampai satu masa nanti Melayu hilang darjatnya dan mampu dibeli oleh orang dan bangsa lain.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels