Followers

Monday, 3 December 2012

WAJIB BACA Kepada Ahli UMNO Jangan Jadikan Perjuangan Ini Sia-Sia Kerana Anda !!


Seperti yang MMI rasakan PAU2012 sudah pasti bakal menjadi bahan juak-juak pembangkang untuk mencari sejuta alasan bagi menyerang UMNO.Barangkali semua sudah faham dan sedia maklum khususnya peranan barisan blogger pencacai Pakatan Haprak yang saban hari bekerja bagi mencari salah dan silap orang lain tetapi terlupa bahawa rumah sendiri sebenarnya penuh dengan palitan najis sendiri.

Salah satu blog pro Pakatan Haprak yang MMI tinjau sudah pun memulakan apa yang kita gelarkan sebagai serangan.Perlu untuk MMI bawakan apa yang dihujahkan oleh blogger pro pembangkang ini kerana ianya jelas sekali membuktikan pembangkang sebenarnya sudah pun kehabisan modal dalam usaha mereka mahu menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.

Jom kita ushar tengok ,
PAS bermuhasabah, banyak memfokuskan isu dalaman, bagaimana memperkuatkan parti dan perjuangan Islam. UMNO menumpukan kepada pihak lawan mereka, sebahagian besar pemikiran mereka ditumpukan untuk menyerang lawan.
Perwakilan PAS yang berucap bebas untuk menyatakan apa sahaja termasuk mengkritik kepimpinan parti. UMNO pula menapis ucapan perwakilan, awal-awal lagi (dalam taklimat khas) perwakilan sudah diugut agar jangan mengkritik kelemahan parti.
PAS berhujah berlandaskan nas, dalil, fakta dan angka. UMNO banyak memfitnah dan memaki hamun pihak lawan. Hujah mereka tiada fakta, melainkan hentam keromo semata-mata.
PAS mengemukakan hujah dengan penuh hemah, hikmah serta tidak emosi keterlaluan. UMNO berucap sungguh kasar, beremosi, biadap, terjerit terlolong macam dirasuk hantu, sekejab ketawa sekejab menangis.
PAS memanjatkan puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. UMNO memanjatkan pujian kepada para pemimpin mereka, tak habis-habis membodek.
Semua pemimpin dan perwakilan PAS menutup aurat. Ramai isteri pemimpin UMNO dan ahli-ahli Puteri dan Wanita tidak menutup aurat.
PAS berazam mahu berkuasa sambil berserah diri kepada Allah. UMNO dengan angkuh dan sombong mengatakan mereka pasti menang besar. Jika PAS berlapik dengan perkataan ‘insyaAllah’ maka UMNO hampir tidak menyebutnya.
PAS bercakap dari lubuk hati yang ikhlas, apa yang dicakap datangnya dari hati. UMNO pula lain di lidah tetapi lain di hati dan lain pula perbuatannya. Kononnya UMNO ikhlas demi agama, bangsa dan negera tetapi hakikatnya semua itu hanya ‘pemanis kata’ dalam PAU, nawaitu sebenar mereka ialah untuk terus merampok reta meredak kekayaan negara.
Dalam muktamar PAS, ahli-ahli digalak banyak berderma atau bertabaruat. UMNO pula banyak meminta dari pucuk pimpinan mereka macam-macam, sampai minta yang muflis dibebaskan.
Muktamar PAS banyak dipandu oleh persoalan halal, haram, dosa dan pahala dalam ucapan. Namun tiada panduan seumpama itu bagi UMNO. Halal haram dia baham semacam, fitnah dan maki hamun jadi ‘makanan lazat’ mereka.Klik Sini 
Letih dan sedih melihat tindakan blogger ini yang MMI kira sedang menjilat ludah juak-juaknya sendiri apabila serangan yang dilakukan oleh beliau seolah-olah Pakatan Haprak itu terlalu maksum.

Namun ada sesuatu yang MMI perlu ingatkan , antara serangan tersebut MMI turut bersetuju dengan satu daripadanya.(yang tidak berwarna)

Sebagai seorang blogger yang sentiasa berjuang untuk kepentingan parti dan perjuangannya MMI sanggup dipersalahkan sekiranya kenyataan ini tidak dipersetujui oleh rakan-rakan mahupun para pejuang UMNO yang lain.Malah jika dirasakan kenyataan MMI ini adalah salah satu daripada kerja sabotaj parti maka MMI sedia menerima apa saja tindakan.

Tetapi percayalah tuduhan bahawa "Ramai isteri pemimpin UMNO dan ahli-ahli Puteri dan Wanita tidak menutup aurat" adalah tuduhan dan pesanan benar yang seharusnya kita ahli UMNO akui.

Kepada ahli UMNO yang dimaksudkan MMI amat-amat berharap agar anda mampu memahaminya kerana adalah menjadi satu kerja dan perjuangan yang sia-sia sekiranya anda adalah penyebab kepada kekurangan UMNO yang kini sedang bersungguh-sungguh melakukan perubahan.

Biarlah perubahan yang sedang kita usahakan ini merupakan satu perubahan bukan saja kepada rakyat malah kepada Bangsa,Negara dan semestinyalah kepada Agama dan diri kita sendiri yang mengaku Islam.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels