Followers

Monday 24 December 2012

BREAKING NEWS Parlimen Di Bubarkan ?!


Parlimen di bubarkan ? Sejauh mana kesahihannya ? MMI berani katakan , apa yang ditunggu-tunggu selama ini sudah berlaku dan bersedialah untuk ke medan perang.Gerakkan seluruh jentera kerana gendang perang sudah di palu.

Namun ampa semua perlu bersabar sedikit kerana maklumat ini khusus untuk rakyat Itali.

Parlimen Itali dibubar hari ini susulan peletakan jawatan Perdana Menteri, Mario Monti, Jumaat lalu untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum yang dijangka Februari ini. 

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lagi sama ada Monti akan bertanding dalam pilihan raya umum itu.

Presiden Itali Giorgio Napolitano menandatangani dikri pembubaran parlimen hari ini selepas mendapatkan nasihat daripada pemimpin politik. 

Monti, yang dilantik 13 bulan lalu bagi mengetuai Itali daripada berdepan dengan krisis hutang seperti Greek, meletakkan jawatan selepas parti diketuai bekas Perdana Menteri, Silvio Berlusconi mengumumkan menarik diri daripada memberi sokongan kepada parti yang membentuk kerajaan sekarang. 

Monti dijadual memberikan satu sidang media, lewat hari ini dan beliau dijangka mengumumkan kedudukannya untuk bertanding. - AP.

Kepada rakyat Malaysia pula , kena tunggu lagi insyaallah tak lama dah...

MMI.

1 comment:

  1. masih ada tugas-tugas yang belum selesai walaupun BN sudah bersedia menghadapi PRU13 di mana semua jentera parti komponen taelah lama diaktifkan dan tidak kurangnya pihak parti pembangkang. Selain perang cyber, pergerakan calon-calon ke kawasan masing-masing begitu rancak sekali. Namun parlimen tidak juga dibubuarkan. Mengapa ????? Tempoh tarikh pembubaran dengan tarikh membuang undi adalah cukup relevan bagi semua parti berkempen. Komen

    ReplyDelete

Labels