Followers

Tuesday, 4 December 2012

Deepak BUKTI Agenda Jahat Anwar


Macam-macam hal yang dilakukan oleh si bangsat ini demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.Tindakan dan gerakan Pakatan Haprak kini sudah semakin gopoh dan merapu malah rakyat sendiri sebenarnya dapat menilai dan melihat sendiri bagaimana permainan dan perbuatan jijik yang dilakukan oleh mereka demi mencapai matlamat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Terkini Anwar dilihat sekali lagi berusaha menyerang peribadi pemimpin negara termauklah Datin Seri Rosmah Mansor sendiri.Kali ini nama Deepak benggali jual karpet digunakan sebagai senjata bagi mengajak rakyat supaya membenci kerajaan.

Namun segalanya dikira gagal kerana sikap gopoh Anwar dan konco-konconya yang begitu terdesak mahu menjatuhkan kerajaan dengan tindakan mengaibkan peribadi pemimpin negara.

Sejak beberapa hari yang lalu kecoh pasal seorang penjual karpet bernama Deepak yang kononnya mendedahkan "statement" Bala si penipu yang menghilangkan diri selepas kantoi menipu, Tak perlu MMI bercerita panjang kerana benda tu ampa semua dah tahu ataupun boleh baca di portal anjing pembangkang Malaysiakini. 


Kisahnya si Deepak ni memang mengenali Datin Seri Rosmah atas urusan pelanggan dan peniaga, yalah si Deepak jual karpet dan Datin Seri membeli karpet daripada dia. Khabarnya mereka dah berurusniaga karpet sejak zaman Dato Seri Najib belum jadi TPM apatah lagi PM.

Deepak ni sebenarnya menghadapi masalah perniagaan dan hutang ratusan juta dgn Kuwait Finance House. Bank menghentikan kemudahan pinjaman pada Deepak ni setelah  mereka dapati pinjaman yang diambil sebelum itu, Bank mendapati ada unsur penipuan yang turut melibatkan salah seorang pegawai besar dalam bank yang meluluskan kemudahan pinjaman pada Deepak.

Selepas dah kantoi, pegawai berkenaan ditukar ke tempat lain dan pegawai baru yang mengambil tempatnya melakukan siasatan terhadap penipuan yang dilakukan antara pegawai lama dan Deepak. Hasil siasatan mengesahkan berlaku unsur penipuan dan Kuwait Finance House telah menahan baki kemudahan pinjaman kepada Deepak.

Lepas tu apalagi? Deepak diminta membayar balik semua pinjaman yang telah digunakan sebelum itu yang jumlahnya mencecah jutaan ringgit sebulan . Deepak gagal menjelaskan hutang kepada bank seperti sepatutnya dan menyebabkan pihak bank mengambil tindakan bangkrap terhadapnya.

Difahamkan apabila ada unsur penipuan dalam usaha Deepak untuk mendapatkan pinjaman, apalagi pihak SPRM dan LHDN juga turut menyiasat syarikat Deepak, mereka pun nak tahu setakat mana kekayaan Deepak sampai KFH boleh bagi sebegitu banyak kemudahan. Mereka pun mengambil semua fail-fail di pejabat Deepak.

Apabila pihak penguatkuasa SPRM dan LHDN berada di pejabatnya, si Deepak telah menjual nama Datin Seri Rosmah kepada pegawai-pegawai berkenaan bagi menghentikan operasi mereka. Disinilah bermulanya episod penjualan nama Datin Seri Rosmah.

Deepak juga turut menghubungi Datin Seri sambil bercakap kuat-kuat, saja nak kasi dengar sama pegawai penguatkuasa semua la tu, dia nak menujukkan kepada penguatkuasa SPRM dan LHDN bahawa dia ada KABEL BESAR.

Bertitik tolak dari situ la Datin Seri Rsomah telah menghentikan sebarang perhubungan dengan Deepak kerana Deepak telah menyalahgunakan kedudukan hubungan dia dengan Datin Seri Rosmah. Selepas itu Deepak cuba untuk bertemu dan berhubung dengan Datin Seri Rosmah,tetapi Rosmah tidak melayan kerana Deepak telah menjual namanya.

Ampa semua tau dak si Deepak ni mintak bantuan apa dari Datin Seri Rosmah? Deepak mintak supaya Rosmah memberitahu Dato Seri Najib sebagai Menteri Kewangan agar menggunakan kuasanya mengarahkan bank menghentikan tindakan bangkrap dan melepaskan kemudahan pinjaman yang disekat. Dasyat kan Deepak ni?

Lepas tu si Deepak ni berusaha berbagai cara untuk merapati Datin Seri dan PM termasuklah berada diatas pentas bersama PM semasa sambutan hari Thaipusam yang lepas di Batu Caves. Apabila PM dan isteri tidak melayannya dan dia tahu dia akan bangkrap bila-bila masa, maka Deepak memberitahu beberapa rakan rapatnya untuk mengadu kpd pihak PKR.

Apa lagi, ada pulak pihak yang memberitau Deepak bahawa Anwar Ibrahim selaku bekas menteri kewangan dan mempunyai hubungan yg rapat pihak-pihak institusi kewangan timur tengah boleh membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Kena pula , perkara tersebut dihidu oleh Nurul Izzah ibu kepada segala MURTAD di negara ini, maka bermulalah perhubungan antara Nurul Izzah dengan Deepak. Nurul Izzah mahu bertemu Deepak dan hari pertemuan telah ditetapkan. Namun pertemuan tidak menjadi kenyataan, kerana Deepak takut. Memandangkan beliau tidak mahu bertemu Nurul Izzah, orang yang berkenaan yang dipasang oleh PKR untuk menjaga Deepak berjaya memujuk Deepak bertemu Anwar sendiri.

Akhirnya bertemulah si Deepak dan Anwar, bukan sekali tau, tetapi beberapa kali. Salah satu pertemuan berlangsung di rumah Dato Ravi kawan baik anwar Baca Sini.

Anwar berjanji mahu menolong Deepak. Untuk permulaan Anwar telah meminta peguam R. Sivarasa agar menolong Deepak berhubung kes mahkamah yang sedang dihadapinya dengan Raja Ropiah (Ketua Wanita UMNO Selangor) atas urusan perniagaan.

Tapi Anwar pulak agak berhati-hati dalam berhubung dengan Deepak kerana tidak mahu terperangkap, sebaliknya Anwar mengarahkan Sivarasa melakukan apa-apa yang patut dalam usaha untuk menjatuhkan PM dan isteri. Sivarasa telah meminta Deepak bercakap mengikut skrip yang disediakan.

Sepertimana kita semua tahu Sivarasa sangat akrab dengan Suaram dan Malaysiakini telah mengaturkan satu sesi wawancara Deepak dan Malaysiakini yang kemudiannya wawancara berkenaan disiarkan semasa PAU 2012 berlangsung dengan niat untuk menghuru-harakan UMNO dan Najib disaat PAU berjalan. Ini memang taktik Anwar.

Pada 29 November telah berlangsung perbicaraan kes Deepak di mahkamah KL. Dalam perbicaraan tersebut Sivarasa telah menyediakan skrip-skrip yang perlu dibaca oleh Deepak, dimana skrip itu untuk memburuk-burukkan PM dan isteri. Ianya sengaja dibaca dalam mahkamah, agar ianya dipercayai dunia.

Malangnya, Deepak gagal mengikut skrip yang diarahkan oleh Sivarasa walau ada yang terlepas satu dua skrip. Skrip yang terlepas juga ditolak oleh hakim perbicaraan kerana hakim berkata ia tidak ada kena mengena dengna kes yang dbiicarakan dan hakim berkata kes tersebut kes perniagaan dan bukannya kes politik.

Kita boleh lihat bagaimana niat jahat Anwar anak beranak nak kenakan PM kesayangan kita dan isteri beliau. Mereka ni dah "desperate" sangat sampai apa saja peluang yang ada akan digunakan sebaik mungkin. Anwar tadi telah menafikan bahawa dia yang suruh Deepak bercakap.Klik Sini 

Papa Gomo pula cabar si Anwar ni., kata Papa Gomo, dulu masa Dato Eskay dia gunakan skrip yang sama, kata Anwar dia tak kenal Eskay, bila keluar video dia marahkan media pulak. Sekarang ni benda sama yang berulang, Anwar nafi dia kenal si Deepak!

Jangan Anwar, kau rasa kalau takde bukti nak ke semua blog mainkan cerita ni? Pakai akai la juburi oi! Takpa kalau korang masih kurang yakin dengan cerita ni, kami akan berikan bukti. Tungguuuuu...


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels