Followers

Tuesday, 25 December 2012

Guan Eng Bakal Bertanding Di Tasek Gelugor ??


DAP Pulau Pinang dicabar supaya membariskan calon berbangsa Melayu di kawasan majoriti pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), jika benar parti itu tidak bersifat perkauman.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, sekiranya DAP masih meneruskan amalan meletakkan calon-calon Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu sahaja, maka keikhlasan mereka menerima orang Melayu khususnya, boleh dipertikai.

“Saya nak cabar (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng, kalau dia betul-betul mahukan calon Melayu bertanding dalam DAP, letak di kawasan Cina. Kita nak tengok dia ikhlas atau tidak ikhlas.

“(Kebiasaannya) Dia (DAP) akan ambil calon Melayu ini dan letakkan di kawasan Melayu. Kalau dia ikhlas nak orang Melayu duduk dalam DAP, letak di kawasan Cina. Suruh orang Melayu DAP ini, bertanding di kawasan Cina. Barulah dia ikhlas,” katanya ketika ditemui Antarapos baru-baru ini.

Walaubagaimanapun Musa yakin parti yang didominasi oleh kaum Cina itu tidak pernah ikhlas meletakkan calon Melayu bagi mewakilinya dalam mana-mana pilihan raya.

Selama ini dakwa beliau, DAP dilihat sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’ dengan hanya membariskan calon Melayu apabila terdapat desakan dan tekanan untuk berbuat demikian.

“Bagi saya dia tak ikhlas..Dia tak ikhlas nak gunakan calon-calon Melayu untuk bertanding dalam pilihanraya.

"Kalau ada yang desak, dia akan berilah sebagai melepaskan batuk di tangga. Itu sahajalah..,” ujar beliau.Baca Selanjutnya.

Berani ka puak-puak DAPigs ni letak calon Melayu di kawasan majoritinya bangsa Cina ? Rasanya mustahil malah selama ini DApigs adalah parti paling bacul kerana hanya berani di gelanggang sendiri ( kawasan majoriti bangsa Cina ).

Bagi MMI kalau benar Guan Eng kata DAPigs adalah parti yang bukan rasis kerana membuka keahliannya kepada siapa saja maka Guan Eng seharusnya membuktikan dalam pilihan raya ke13 nanti.

MMI tak sabar dan kalau boleh nak tengok Guan Eng bertanding di Tasek Gelugor khususnya di DUN Permatang Berangan yang majoritinya adalah bangsa Melayu.Kemudiannya Raja Uda mahupun Bagan diletakkan calon dari PAS yang kita tahu majoriti kawasan tersebut adalah Cina.

Boleh buat ke ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels