Followers

Tuesday, 25 December 2012

HOT Gadis Di Wajibkan Berbikini !!

Gambar Hiasan
Wajib berbikini bagi gadis dan berseluar pendek bagi lelaki adalah antara syarat WAJIB yang harus dipatuhi oleh mereka yang berminat untuk hadir dalam satu pesta liar yang diadakan di Port Dickson baru-baru ini.

Malah mereka yang mahu turut serta dikenakan bayaran tiket sebanyak RM165 seorang.Dengan harga tiket sedemikian dan syarat gila yang jelas merosakkan para remaja kita masih ramai yang menunjukkan minat untuk menyertainya.

Oleh kerana itu maka parti yang dirancang tersebut mendapat perhatian pihak-pihak tertentu sehinggalah ianya dapat digagalkan.

Gambar Hiasan
Polis berjaya mengagalkan penganjuran satu pesta yang bakal disertai lebih 100 remaja, dipercayai dari ibu negara di sini, malam tadi.
Pesta yang dikenali sebagai Moon Soon Beach Party itu diadakan di tepi pantai, lengkap dengan pentas serta sistem pembesar suara, dengan hidangan minuman keras dan dihadiri puluhan pasangan kekasih.
agi menarik orang ramai, penganjur dikatakan menggunakan nama sebuah hotel terkemuka di bandar berkenaan dan Tourism Malaysia yang dicetak pada tiket yang dijual dengan harga RM165 seorang.
Penganjur juga meletakkan syarat, peserta yang hadir hanya dibenarkan memakai bikini bagi wanita dan berseluar pendek bagi lelaki.
Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun berkata, polis melakukan gerakan menyiasat motif penganjuran pesta berkenaan hasil maklumat orang awam selepas mendapati aktiviti mencurigakan di kawasan pesta tersebut.
Tahniah buat pasukan Polis Di Raja Malaysia yang cepat menghidu gerakan tidak bermoral seperti ini. 

Di mana suara dan kelibat juak-juak PAS dalam soal ini aaa ???

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels