Di sebalik polemik mengenai isu Amanat Haji Hadi yang berterusan termasuk desakan Umno mahu ia ditarik balik, Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah "memurtadkan sesiapa."
Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja.
"Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja," kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook.Baca Seterusnya.
Dia buat pula dah ! MMI dari awal-awal lagi dah kata puak-puak PAS pasti akan cari jalan untuk "spin" isu yang tengah menjadi barah kepada parti yang kononnya perjuangkan Islam ni.
Rasanya tak perlu MMI ulas panjang lebar sangat lah sebab ramai yang dah kenal sikap dan perangai puak-puak ni.
Cumanya ada satu lagi persoalan yang Nik Aziz dan juak-juaknya tak jawab sampai ke hari , macam mana dengan mereka yang dah pun menceraikan isteri , mereka yang solat dua imam ? mereka yang mati dalam peristiwa Memali ? mereka yang tidak bertegur sapa waima dengan adik beradik sendiri ? mereka yang mengangap haram makan daging sembelihan orang UMNO , mereka yang mengangap akad nikah dianggap tidak sah kerana kadi dari kalangan orang UMNO , mereka yang memperbaharui akad nikah kerana mengangap kadi dari kalangan orang UMNO adalah tidak sah , mereka yang menolak mayat orang UMNO daripada dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam , mereka yang mengangap mati orang UMNO tidak boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat orang Pas , mengangap tuhan tidak menerima segala amalan seperti sembahyang/puasa/naik haji sekiranya menjadi ahli UMNO ?
Apakah segala perbuatan dan anggapan yang MMI catatkan diatas yang sudah pun berlaku terhadap juak-juak PAS bukan datangnya daripada AMANAT HAJI HADI yang jelas memurtadkan orang UMNO ?
Ni nak habaq bagi agak-agak la Nik Aziz ooi nak "cover" pun..Orang dah tau sangat dah ang tu penuh dengan sifat DENDAM !! ULAMA ka Nik Aziz ni ? ..PAS hancur kerana Nik Aziz..
MMI.
No comments:
Post a Comment