Followers

Sunday 30 December 2012

Situasi Terkini Keadaan Banjir Di Pantai Timur


Alhamdulillah keadaan di sebelah Pantai Timur dilaporkan semakin stabil , MMI turut bersimpati dengan apa yang telah dilalui oleh para penduduk semoga mereka terus tabah dalam menghadapi dugaan daripada Allah SWT.

Banjir di Terengganu semakin pulih berikutan cuaca cerah sejak semalam dan sehingga pukul 7 petang , sebanyak 3,288 daripada 813 keluarga masih di tempatkan di 11 pusat pemindahan berbanding seramai 18,392 mangsa semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri berkata, daerah Dungun mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,586 daripada 626 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Di Kemaman pula, hanya 557 mangsa melibatkan 156 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu pula menurun daripada 1,002 mangsa melibatkan 233 keluarga yang dicatatkan semalam kepada 145 penduduk daripada 31 keluarga lewat petang semalam.

Sementara itu di Kelantan, hanya tiga pusat pemindahan sahaja dibuka berbanding 12 pusat pemindahan pada petang semalam yang menempatkan seramai 1,847 mangsa berbanding 4,594 orang sebelum ini. - UTUSAN.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels