Followers

Wednesday, 19 December 2012

Isu Pergaduhan Kaum Di Sungai Petani SEMUA PIHAK DIMINTA BERTENANG !!


Isu pergaduhan kaum yang diberitakan berlaku di Sungai Petani Kedah kini terkawal.Untuk makluman semua pihak ianya bukanlah satu pergaduhan yang melibatkan sensitiviti kaum tetapi hanyalah satu pergaduhan biasa melibat kumpulan tertentu termasuklah mereka-mereka yang menjadi mangsa keadaan.

Setakat entri ditulis segala laporan dan berita yang disebarkan sebelum ini berkenaan tercetusnya satu pergaduhan kaum adalah tidak benar sama sekali.

Berikut adalah kenyataan rasmi daripada PDRM Kedah.

PERHATIAN :

PADA 18/12/2012 JAM 2330HRS YDHSAC DATO ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH TELAH MENGADAKAN SIDANG AKHBAR DI IPD KUALA MUDA BAGI MEMPERBETULKAN BERITA PALSU BERKENAAN KEADAAN HURU HARA DI DAERAH KUALA MUDA , SG PETANI KEDAH SEPERTIMANA DIGEMBAR GEMBURKAN DI BLOG , FACEBOOK , TWITTERS DAN SMS OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB 

KEADAAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI DAERAH KUALA MUDA ADALAH SELAMAT DAN TERKAWAL WALAUPUN TELAH BERLAKU INSIDEN PERGADUHAN ANTARA BEBERAPA PEMUDA MELAYU DAN PEMUDA INDIA PADA 16/12/2012 AWAL PAGI . KESEMUA YANG TERBABIT DI DALAM KES TERSEBUT TELAH DITANGKAP (SERAMAI 13 ORANG TERDIRI DARI MELAYU DAN INDIA ) , 

MANGSA JUGA TELAH DIRAWAT DAN HANYA TINGGAL SEORANG SAHAJA YANG MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM DARI 5 ORANG YANG TERCEDERA . EKORAN INSIDEN TERSEBUT , PIHAK PDRM TELAH MENGAMBIL TINDAKAN AWAL DENGAN KAWALAN KESELAMATAN SEPERTI FRU , LSF , MPV , JSJ , NARKOTIK , SB DAN ROADBLOCK DI SEMUA LOKASI DI DALAM DAERAH KUALA MUDA BAGI MENJAMIN KESELAMATAN ORANG AWAM KHUSUSNYA .

PESANAN DARIPADA YDH SAC DATO' ABDUL GHAFAR BIN RAJAB UNTUK SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA AMNYA .

Alhamdulillah MMI bersyukur kerana kejadian ini dapat dibendung dengan cepat oleh pihak PDRM dan sudah semestinya MMI mahu menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya BERTENANG serta BERIKAN KERJASAMA yang sebaiknya kepada pihak PDRM untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Percayalah keganasan bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan sebarang masalah.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels