Followers

Thursday 20 December 2012

Lagi Blogger Pro BN Bakal Di SAMAN !!


Nampak semakin hampir dengan pilihan raya juak-juak pembangkang semakin tak senang duduk dengan serangan bertali arus daripada jentera maya pro BN.Satu persatu pendedahan mengenai kerakusan pimpinan Pakatan Haprak di londehkan dan seperti biasa juak-juak pembangkang akan cuba cari duit dengan cara mudah apa lagi kalau bukan tindakan SAMAN!.

Terkini puak pembangkang bakal MENYAMAN seorang lagi blogger pro BN iaitu Pisau.net kerana mendedahkan apa yang digelar sebagai RASUAH TANAH melibatkan pimpinan DAPigs dan PAS di Perak.

Sesi perbahasan Bajet 2013 di Persidangan Dewan Negeri Perak bertukar kecoh selepas Adun Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar membangkitkan skandal pemilikan tanah seluas 4,210.4 hektar yang dianugerahkan kerajaan Kelantan kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang mana dua pemimpin kanan DAP Perak merupakan pengarah syarikat berkenaan.

Beliau memberitahu, pendedahan itu dibuat kerana kedua-dua nama pemimpin DAP, iaitu Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming tercatat dalam pendaftaran syarikat sebagai antara pengarah syarikat terbabit.

“Ini membuktikan Kor Ming ini mengata orang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” katanya mengenai sikap wakil rakyat DAP itu yang menafikan sekeras-kerasnya beliau pernah menerima tanah walaupun seinci daripada kerajaan PAS Kelantan.

Sebelum itu, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengutamakan kroni mereka dalam pemberian tanah tanpa melakukan tender secara terbuka.

Menurut Hamdi lagi, penganugerahan tanah daripada kerajaan Kelantan itu berkemungkinan sebagai habuan daripada PAS Kelantan kepada DAP Perak kerana bersetuju menerima dan melantik Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.

“Kita dedahkan ini kerana mereka sering menuduh BN kerajaan tidak baik dan suka beri projek pada kroni manakala parti mereka baik, bersih dan tidak ada cacat cela.

“Dengan bukti-bukti ini, adakah pakatan ini sebenarnya bersih seperti mana yang mereka dakwa,” katanya.

Sementara itu, Kor Ming pada sidang medianya selepas itu, menafikan dakwaan beliau dan Koo Ham telah menerima habuan tanah daripada kerajaan Kelantan.

Menurutnya, satu laporan polis akan dibuat terhadap blog Pisau.Net kerana menyebarkan artikel palsu di samping melakukan jenayah berbentuk fitnah.Klik Sini.

Dalam blog tersebut, syarikat berkenaan didakwa menerima ganjaran tanah seluas 4,210 hektar dengan nilai pasaran bernilai hampir RM30 juta di lokasi seperti Relai, Daerah Chiku dekat Gua Musang daripada kerajaan Kelantan.

sumber Perak Today

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels