Seorang pelakon tanah air dilaporkan telah muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi.
Program yang diadakan pada jam 9 malam, 18 Disember 2012 di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh pelakon tanahair Mustapha Kamal.
Menariknya Mustapha yang juga anak Kelantan itu telah menggunakan peluang yang ada itu untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan.
Mustafa Kamal atau nama penuhnya Mustapha Kamal Mohd Daud merupakan seorang pelakon Malaysia dan dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1962.
Mustafa Kamal banyak berlakon dalam drama televisen dan turut berlakon dalam beberapa filem antaranya Dendang Remaja, Adik, Mira Edora, Syukur 21 dan KAMI The Movie.
Bagaimanapun samada beliau akan turut menjejaki rakan artisnya Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat masih belum dipastikan lagi.
Setakat ni MMI tak kisah sangatlah buatlah pilihan dulu sebab itu hak masing-masing lagi pun dia tak pernah buka mulut maki sana maki sini jadi ok lah bagi dia umum dulu.
Cumanya MMI nak pesan itu pun kalau dia dengarlah , sebagai artis buatlah pilihan yang terbaik jangan jadi macam yang dok ada kesian MMI tengok.
MMI.
suka hati dia lah..hang sibuk napa?
ReplyDeletekalu x menyibuk x yah jadi blogger laa ...ha3
ReplyDelete