Followers

Saturday, 29 December 2012

Calon BN Sudah Bersedia !!


Apabila Barisan Nasional mengumumkan untuk menyerahkan semua nama calon pada pihak SPRM banyak pihak khususnya pembangkang terdiam seketika.Barangkali lidah terkedu sekejap melihat betapa Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu memastikan calon-calon mereka bersih dari sebarang isu mahupun kes-kes yang mampu merencatkan segala perancangan bagi menghadapi PRU13.

Sedar atau tidak tindakan ini sebenarnya meletakkan Pakatan Haprak dalam keadaan tersepit kerana segala isu dan strategi yang selalunya digunakan oleh Pakatan Haprak dalam setiap pilihan raya adalah menyerang peribadi calon.

Namun kini dengan nama-nama calon BN disaring terlebih dahulu oleh SPRM maka sudah tentu Datuk Seri Najib akan lebih mudah mencongak dan menyusun strategi yang lebih jitu tanpa perlu lagi memikirkan tentang sebarang serangan yang berupa peribadi.

Malah sekiranya ada sekalipun MMI yakin Barisan Nasional mampu menanganinya kerana kita mempunyai kelebihan berbanding Pakatan Haprak.

Hari ini semua calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah BEBAS daripada saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kes jenayah dan lain-lain agensi kerajaan yang berkenaan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jumlah tersebut membabitkan tiga orang calon berpotensi bagi setiap kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, sama ada mereka terpilih untuk mewakili BN bagi pilihan raya itu akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bila tiba masanya.

Jadi kepada semua jentera UMNO dan Barisan Nasional jangan dok buat leceh lepas ni , berjuta penjelasan sudah diberikan,berbuih mulut pemimpin nyatakan supaya semua ahli memberikan sokongan dan taat setia kepada parti kalau ada yang masih tak setuju juga dengan keputusan pucuk pimpinan MMI sarankan lepas ni keluar saja dari parti kerana orang seperti kamu hanya merosakkan parti.

Kita nak berperang bukan nak bersidang !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels