Followers

Thursday, 6 December 2012

Lets The Battle Begins !!


Saat yang di tunggu-tunggu kini sudah tiba , seperti semua sedia maklum Guan Eng baru saja menghantar notis saman kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Dr Shaikh Husin Mydin berkenaan isu tanah Taman Manggis yang kini masih menjadi misteri kepada rakyat Pulau Pinang.

Malah saman ini merupakan perkara yang ditunggu-tunggu oleh Dr Shaikh sebelum ini kerana ianya memberikan ruang dan peluang untuk beliau membongkar habis-habisan salah saku kuasa yang selama ini dilakukan oleh Guan Eng.Baca Sini 

MMI cukup berminat dengan isu terbaru ini kerana ianya bakal menentukan jatuh bangunnya parti DAPigs mahupun UMNO di Pulau Pinang.Ini bukanlah isu yang boleh dibuat main-main kerana kedua-dua pihak dilihat seolah-olah mempunyai hujah dan bukti masing-masing dan sudah pun berlaku tuduhan salah menyalah sesama sendiri.

Yang pastinya rakyat semakin resah dan MMI yakin apa yang bakal berlaku dalam masa terdekat ini bukan saja di nantikan oleh rakyat Pulau Pinang malah mereka-mereka di seluruh Malaysia juga.

Kemelut yang melanda Pulau Pinang semenjak isu perobohan gerai milik orang Melayu kemudiannya rampasan kampung Buah Pala dan diikuti dengan penjualan tanah Bayan Mutiara  serta tindakan-tindakan rampas dan roboh sudah menjadi lumrah kepada penduduk Pulau Pinang.

Dan selama itu jugalah Guan Eng sering menafikan mahupun berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan.Manakala Dr Shaikh bersama-sama jentera Pemuda dan Barisan Nasional tidak pernah diam dalam melakukan serangan politik terhadap Guan Eng berkenaan isu-isu yang MMI sebutkan diatas.

Malah selama hampir 4 tahun ini jugalah Pulau Pinang menyaksikan perubahan iklim politik bila mana dengan jelas sekali dapat di lihat bagaimana sikap rasis Guan Eng dan pimpinannya dalam menangani permasalahan rakyat sehinggakan peniaga-peniaga restoran mahupun di gerai-gerai kecil turut menjadi mangsa kononnya diatas kecekapan kerajaan negeri menjalankan pentadbiran.

Mungkin kerana kecekapan itu jugalah barangkali ADUN Komtar pernah meminta seorang peniaga restoran nasi kandar di Pulau Pinang supaya bungkus kain baju dan balik India.

Hebat kerajaan Pulau Pinang , namun perlu diingat kehebatan rejim DAPigs kini bergantung sepenuhnya kepada sejauh mana keberanian Guan Eng selaku Ketua Menteri berdepan dan menerima pelawaan Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang untuk berdebat ?

Debat ini bukan calang-calang debat , debat ini bakal menjahanamkan mereka yang berbohong.Malah MMI yakin siapa saja yang dibuktikan berbohong mahupun di pihak yang kalah nanti bakal menjadi penyebab kepada kejatuhan merundum parti yang mereka wakili.

Mungkin kerana itulah maka sebentar tadi Dr Shaikh sendiri sudah pun mengesahkan bahawa Guan Eng telah menolak debat atau dialog dengan beliau malah turut membatalkan penjualan tanah Taman Manggis.Klik Sini 

Dalam soal ini MMI memuji sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang apabila menerima saman yang dikeluarkan dan dalam masa yang sama beliau mencabar Guan Eng untuk bersemuka sebelum berakhirnya bulan Disember.

Inilah sebenarnya keberanian yang ada pada Dr Shaikh apabila meletakkan Disember sebagai tarikh akhir untuk Guan Eng menerima cabaran debat tersebut.Sekiranya Dr Shaikh terbukti di pihak yang salah dan kalah maka sudah tentu pilihan raya ke-13 nanti yang akan diadakan selepas bulan Disember bakal menyebabkan imej UMNO dan Barisan Nasional tercalar seterusnya memungkinkan UMNO dan Barisan Nasional sekali lagi mengalami kekalahan.

Jadi apa perlunya Guan Eng merasa takut untuk menerima cabaran tersebut ? Inilah sebenarnya peluang dan ruang untuk beliau matikan Dr Shaikh yang selama ini menghantui hidup beliau.Guan Eng yang sehingga kini menyatakan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dalam isu Taman Manggis maka sesuai sangatlah beliau menerima cabaran ini supaya DAPigs dan Pakatan Haprak mampu mendapat kredit daripada kemenangan beliau dalam berdepan dengan pilihan raya ke-13 nanti.

Soalnya mengapa Guan Eng takut untuk menerima cabaran tersebut ?

Apakah si Ketua Menteri paling rasis ini takut untuk berdepan hanya dengan seorang ketua pemuda UMNO negeri ?

Adakah isu taraf pula yang akan dijadikan alasan oleh Guan Eng apabila menolak cabaran tersebut ?

Guan Eng pernah menyebut dalam ceramah beliau bahawa amalan "amar makruf nahi mungkar" adalah amalan yang diikutinya maka inilah sebenarnya pentas terbaik bagi beliau untuk memastikan setiap yang hak itu dipertahankan dan yang batil itu dimusnahkan.

Juak-juak penjilat Pakatan Haprak dan penyembah rejim DAPigs anda seharusnya perlu mendesak Guan Eng untuk menerima cabaran ini supaya rakyat dapat tahu siapa sebenarnya yang batil !!

Cekap , Akauntibiliti dan Telus tidak akan bermakna jika pemimpin yang digelar khalifah tidak berani malah kecut perut untuk menerima cabaran dari seorang pemuda UMNO !

MMI pasti seluruh rakyat mahu mengetahui perkara sebenar maka pertemuan Dr Shaikh dan Guan Eng seharusnya menjadi kenyataan.

Lets The Battle Begins !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels