Seorang wanita dan bebrapa kenalannya dilaporkan melucutkan pakaian mereka sewaktu berada dalam mahkamah kerana membantah satu undang-undang yang tidak membenarkan mereka berbogel.Tujuan mereka berbogel adalah kerana protes dengan keputusan hakim yang memutuskan hanya tempat-tempat tertentu dan musim perayaan tertentu sahaja di benarkan untuk berbogel.
Tu dia aih sampai ke tahap tu ? Inilah padahnya bila mana budaya dan agama tidak selari sampaikan bab telanjang pun nak tunjuk dekat orang.Tapi ampa semua janganlah risau kerana kes ni berlaku di luar negara sana noo..
Seorang wanita bertindak menanggalkan pakaiannya dan berbogel di dalam mahkamah Amerika Syarikat diikuti dengan rakannya yang lain sebagai membantah undang-undang baru yang melarang orang ramai berbogel di tempat-tempat tertentu. Dia merupakan salah seorang daripada beberapa penunjuk perasaan lelaki dan wanita yang membuat kecoh dan berbogel di San Francisco City Hall, California.
Mereka yang hadir dalam kamar mencuri peluang mengambil gambar mereka sementara pihak keselamatan cuba menyelimutkan mereka dengan kain. Kumpulan ini membantah cadangan undang-undang baru yang melarang berbogel di kebanyakan tempat awam bermula bulan Februari tahun depan.
Menurut undang-undang baru ini, mereka hanya akan dibenarkan berbogel ketika sambutan perayaan tertentu dan di pantai-pantai tertentu yang sudah di tetapkan sahaja. Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh didenda atau menghadapi hukuman penjara sekiranya mengulangi kesalahan yang sama.
Boleh mampoih dengan puak-puak dajjal ni , tapi MMI nak pesan dekat ampa semua jangan leka sangat sebab kat negara kita pun dah ada orang berani bogel dah !
Hati-hati bro !
MMI.
No comments:
Post a Comment