Followers

Sunday, 23 December 2012

Membongkar Kerjasama DAPigs & PAS


Lim Kit Siang mengatakan kerjasama DAP dengan PAS dalam Pakatan Rakyat bukan kerana negara Islam atau hudud, tetapi adalah untuk memperjuangkan demokrasi dan pluralisme,

Tahukah kita apa itu pluralisme?

Pluralisme adalah satu kepercayaan yang mengatakan semua agama adalah sama, kembali kepada Tuhan yang satu walaupun berbeza rupa, gerakan, tindakan atau kenyataan. Pengasas kenyataan ini adalah seorang tokoh yang bernama John Hick yang dilahirkan pada tahun 1922. Dia adalah orang pertama yang mengeluarkan kenyataan ini secara tersusun; semua agama sama walaupun berbeza dari sudut pensyariatannya, ia kembali kepada titik yang satu, tuhan yang satu.

Teman-teman kita contohnya yang beragama Hindu, Kristian, Buddha, masing-masing akan mengakui dan mengatakan bahawa agama mereka adalah agama yang terbaik. Kita umat Islam mestilah mengatakan agama kita yang terbaik. Ini yang diajar oleh Islam kepada kita. Firman Allah SWT,

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإِسْلامُ      

“Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam.” (surah Ali ‘Imran, 3: 19)

Sebagai umat Islam, kita wajib iktiraf agama kita sebagai satu-satunya agama. Dan Islam memberikan kebebasan beragama kepada mereka. Firman Allah SWT,

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ

“Tidak ada paksaan dalam beragama.” (surah Al-Baqarah, 2: 256)

Datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad SAW dan dia berkata, “Ya Rasulallah, anakku dua orang beragama kristian. Boleh atau tidak aku memaksa kedua-dua mereka masuk Islam?” Lalu Nabi membacakan firman Allah di atas yang bermaksud, “Tiada paksaan di dalam beragama” menunjukkan lelaki tersebut tidak berhak memaksa anak-anaknya memeluk Islam.

Menurut Nasharuddin Mat Isa ,ayat 'Tiada paksaan dalam agama' itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang disepakati seluruh Ahli Tafsir Islam tanpa khilaf.

"Tafsiran bermaksud selagi mana seseorang itu bukan Islam,kita sebagai Muslim tidak ada hak sedikit pun untuk memaksa dia memeluk Islam."Baca Seterusnya.

Itu didikan Islam kepada kita. Sebagai umat Islam, agama Islam hendaklah diletak di tempat yang teratas. Dukacitanya, idea pluralisme cuba diterapkan oleh sebahagian pemimpin pembangkang. Kalau kita ingin mempertahankan Islam, ingin mempertahankan agama, ingin mempertahankan akidah, pilihlah siapa yang mempertahankan akidah Islam. Kita umat Islam wajib beriktikad bahawa agama kita adalah satu-satunya agama yang Allah SWT iktiraf.

Namun apa kata Lim Kit Siang? Kerjasama antara mereka dengan Pas adalah untuk memperjuangkan demokrasi dan pluralisme. Mana suara teman-teman kita di kalangan Pas? Tolonglah bersuara. Ini bukan isu kecil.

Baru-baru ini apabila anak kepada pemimpin pembangkang menyebut tentang isu pluralisme, menyebut tentang isu melayu berhak memilih agama, melayu perlu diberikan kebebasan sama seperti mana bangsa-bangsa lain dalam memilih agama, sebahagian teman-teman di dalam Pas berkata ini isu kecil, tidak besar.

Sedangkan bagi umat Islam, ini isu akidah. Disebutkan di dalam sebuah hadis sahih bagaimana apabila seorang lelaki dihadapkan di hadapan Allah SWT, seluruh amalannya ditimbang oleh Allah SWT, baik amalan baik mahupun buruk. Apabila diletakkan sahaja amalan buruknya, semua amalan baiknya berterbangan menggambarkan beratnya dosanya dan sedikitnya amalan kebaikannya. Sehinggakan lelaki ini tunduk dan mengatakan tidak ada lagi amalan baiknya untuk ditimbang dan secara zahirnya dia adalah ahli neraka. Tetapi kemudian Allah berfirman, datangkan kalimah itu, iaitu Laa-ilaaha-illallaah, Muhammadur Rasulullah yang ada di dalam hati lelaki itu. Malaikat membawa kalimah tersebut dan meletakkannya di atas timbangan yang menimbang amal kebaikannya. Apabila diletak sahaja, dosa-dosanya yang berat itu terangkat kerana beratnya timbangan kalimah Laa-ilaaha-illallaah, Muhammadur Rasulullah.

Ini isu akidah, mana boleh kita kata ianya ringan kalau sekiranya dengan kalimah ini dapat menghapuskan seluruh dosa dengan izin dan rahmat daripada Allah SWT ? Tiba-tiba mereka katakan ini hal kecil. Laa haula wala quwwata illaa billaah.

sumber UFB

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels