Followers

Friday, 7 December 2012

MUSA Di Mainkan Demi Selamatkan Karier Politik Anwar


Bekas Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan merupakan seorang insan yang mempunyai ketegasan dan karektor yang tersendiri.Melihat dari luaran sahaja kita sudah dapat mengagak beliau bukanlah orang sembarangan yang tak berotak seperti mana pimpinan Pakatan Haprak khususnya Anwar Ibrahim.

Pasti ramai yang sudah pun mendengar bagaimana nama Tan Sri Musa dipergunakan oleh juak-juak pembangkang kononnya beliau bakal menyertai PKR.Hahaha pertama kali mendengar isu ini MMI dah dapat agak dah "game" yang sedang dimainkan.

Bayangkan juak-juak Pakatan Haprak terkial-kial berusaha untuk "spin" isu ini dengan harapan ianya boleh membuatkan seluruh jentera UMNO melatah lagi menggigit.

Namun Anwar ternyata silap kerana cuba memancing keli di laut.

Anwar sebenarnya sedang berusaha untuk menyelamatkan karier politiknya yang kini semakin tersepit.Malah beliau sendiri sudah pun dapat merasa bahawa rakyat semakin beralih arah kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Lihat saja siri ceramahnya sejak kebelakangan ini sambutan yang diterima tidak lagi seperti dulu bahkan semakin merosot.Oleh kerana itulah Anwar yang kini terdesak akan menggunakan apa cara sekalipun termasuklah menjaja nama siapa saja yang dirasakan boleh membantu beliau dan Pakatan Haprak.

Malah MMI yakin ketika ini siapa saja yang mahu menyertai perjuangan songsang Anwar pasti akan diterima dengan tangan terbuka asalkan dapat mengembalikan auranya.

Begitulah yang berlaku dengan Tan Sri Musa , Anwar amat mengharapkan Musa menyertai PKR dan Pakatan Haprak supaya segala pembohongannya selama ini dapat diteruskan.

Namun Anwar pasti tertekan kerana beliau perlu melupakan segala perancangan putar belitnya yang sudah pun dimulakan.Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut ampa terjah blog Dr MiM Klik Sini 

Satu perkara yang perlu ampa semua tahu dan ingat , Tan Sri Musa adalah orang yang bertanggungjawab memberikan laporan yang sebenar berkenaan kegiatan songsang Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri  kepada Tun Mahathir pada ketika itu.

Seperti yang MMI nyatakan diawal entri ini , Tan Sri Musa bukanlah orang sebarangan beliau berprinsip , bertanggungjawab dan amanah.Maka kerana itulah Musa menunaikan tanggungjawabnya dengan sebenar-benarnya yang menyaksikan Anwar di pecat daripada parti dan kerajaan.

Akhir kalam sebagai manusia yang mempunyai kelemahan maka sehebat mana pun seseorang itu kadang kalanya ia tewas juga dengan nafsu dan tidak mustahil sekiranya selepas ini Tan Sri Musa memilih untuk bersama Anwar dan Pakatan Haprak seperti mana orang lain , segalanya terletak kepada diri Tan Sri Musa sendiri sama ada beliau mampu bertahan dengan godaan ataupun tidak.

Sekiranya itu berlaku maka MMI percaya Tan Sri Musa sebenarnya membiarkan integritinya diliwat oleh Anwar serta konco-konconya.

Apa pandangan ampa ?

MMI.

1 comment:

  1. aku percaya musa hassan telah diliwat oleh anwar..rupa2nya musa hassan kaki main bontot jugak..

    ReplyDelete

Labels