Followers

Friday 7 December 2012

GEMPAR PANAS BERAPI Menteri Wanita Di Tangkap Dalam Bilik Hotel ?!

Gambar Hiasan
Panas ! Panas ! itulah yang MMI boleh katakan sebab bukan calang-calang orang yang di tangkap ni ahli parlimen merangkap menteri beb..Lebih parah pula yang menangkap ni adalah ahli parlimen juga , Tu dia maknanya habis lah si menteri tu lepas ni.

Walaupun menteri terbabit menafikan namun ahli parlimen yang sorang ni tetap menuduh beliau dan semestinya cerita sudah mula di sebarkan.Apa lagi yang boleh di buat melainkan kita siasat sejauh mana kebenaran tuduhan tersebut.

"Berilah peluang kepada polis menyiasat perkara itu," kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mengenai dakwaan Ahli Parlimen Wang Maju, Wee Choo Keong yang mengatakan beliau melancong ke Austria dan menginap di sebuah hotel ais mewah. 

Menurutnya, tuduhan Ahli Parlimen Bebas itu sama sekali tidak berasas serta tidak masuk akal dan beliau menafikan pernah ke hotel berkenaan, jauh sekali menginap di sana. 

"Saya percaya ada individu mendapatkan maklumat dengan cara 'mengumpannya' daripada orang lain. Apabila maklumat ini sampai kepada individu tidak bertanggungjawab, mereka memutar belit fakta sehingga hilang fakta sebenar," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pelancongan di sini, semalam. 

Hadir sama, Timbalan Menterinya, Datuk Dr James Dawos Damit; Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Dr Ong Hong Peng dan Ketua Pengarah Pelancongan, Datuk Mirza Taiyib. 

Sebelum ini, Wee pada persidangan Parlimen pada 6 November lalu mendakwa Dr Ng menggunakan kedudukannya untuk melancong ke Austria dan menginap di hotel mewah sehingga menelan belanja yang besar. 

Dr Ng berkata, individu tidak bertanggungjawab yang sanggup 'mengumpan' orang lain semata-mata mahu mendapatkan maklumat terperinci mempunyai motif tersembunyi seperti memutar belit dan mengubah maklumat berkenaan untuk menjatuhkan orang lain. 

"Justeru, sangat penting bagi pegawai supaya bertanggungjawab ke atas setiap maklumat yang dikendalikan kerana ia bersangkut-paut dengan kerajaan serta dokumen rasmi kerajaan. "Mereka perlu sentiasa memastikan maklumat dan dokumen yang disimpan adalah selamat bagi mengelakkan kemungkinan maklumat itu berada di tangan individu yang salah," katanya.

Ish ish sampai macam tu sekali ! tapi MMI tak hairan sangat sebab kalau benar seperti di dakwa sudah semestinya semua itu berdokumen jadi siasatlah.Maka betullah kata Datuk Seri Dr Ng Yen Yen biarlah polis melakukan siasatan dan perlunya laporan polis dibuat.

Jangan pandai menuduh saja tapi langsung tak buat laporan polis.Kalau dan betul ada bukti nak takut apa kan ?

Jangan pula jadi macam ahli parlimen yang sorang tu bercakap pandai tapi bila mai bab nak bersumpah lari sembunyi dalam jamban macam mana orang nak percaya ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels