Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bakal berdepan tuntutan saman berjumlah RM100 juta sekiranya beliau tidak mengemukakan permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadap bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang (gambar).
Menurut Phang, pihak peguamnya telah menghantar surat tuntutan kepada Musa untuk membuat permohonan maaf semalam tetapi akan meneruskan saman jika tiada maklum balas daripada pihak Musa dalam tempoh tujuh hari.
Katanya, tuntutan saman itu dilakukan kerana Musa mengaitkan namanya dengan pertukaran seorang pegawai kanan polis dan dakwaan itu telah merosakkan reputasinya di mata masyarakat.
"Saya adalah warga emas berusia 73 tahun yang selama telah membina nama dan karier dengan sikap yang baik selain banyak menyumbang kepada kerja-kerja amal. Tuduhan yang dilemparkan mengaitkan nama saya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah sangat melampau.
Bagi MMI mudah saja , Musa sebelum ni dah tunjuk hebat maka sekarang ni janganlah minta maaf bawa benda ni lawan di mahkamah.Kalau semua tu benar apa nak takut kan ?
Jangan pula lepas ni minta maaf takkanlah bekas KPN tak ada teloq kot !!
MMI.
No comments:
Post a Comment