Followers

Friday 21 December 2012

Undang-Undang "Chipsmore" PAS Tersungkur & Sujud Di Kaki Anwar ?!!


PAS akur terhadap kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan Kelantan bertindak kurang bijak mengendalikan isu kontroversi salun gunting rambut di negeri itu.

Namun Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz menganggap pentadbiran PAS di Kelantan telah membuat keputusan terbaik dengan menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat perlesenan bagi menangani isu tersebut.

"Kita sudah buat satu tindakan yang terbaik bila kerajaan negeri tangguhkan pelaksanaan enakmen kecil itu. Komen beliau (Anwar) itu, kita terima.

"Cuma kita anggap keputusan kerajaan untuk tangguhkan pelaksanaan itu adalah yang terbaik. Maknanya itu memberi masa kepada kerajaan negeri bagi menilai kembali untuk melaksana undang-undang".

Anwar ketika ditemui media di ibu pejabat PKR hari ini menyifatkan pengurusan kes yang lemah di peringkat negeri menggambarkan seolah-olah pentadbiran kerajaan PAS tidak sensitif dengan cara kehidupan orang bukan Islam di negeri itu.

Justeru beliau menggesa agar kerajaan Kelantan meneliti setiap perundangan yang mahu dikenakan ke atas pengusaha salun.

Dalam pada itu, Nik Abduh menganggap kenyataan Anwar itu tidak merujuk kepada pendirian kerajaan negeri untuk membekukan undang-undang tersebut.

Sebaliknya, beliau percaya Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merujuk kepada isu tersebut yang dilihat berlarutan terlalu lama.

"Mungkin pandangan dia merujuk kepada beberapa minggu, yang akhir sekali kerajaan Kelantan buat keputusan. Saya tidak nampak kenyataan beliau bermaksud keputusan menangguh tidak betul tapi mungkin merujuk kepada isu itu dimainkan agak lama," katanya lagi.Baca Selanjutnya.

Seperti yang kita semua sedia maklum PAS sudah pun menangguhkan penguatkuasaan keatas salun gunting rambut yang sebelum ini mencetuskan bantahan dari kalangan mereka yang bukan beragama Islam kerana larangan yang tidak membenarkan wanita menggunting rambut lelaki.

MMI bukan nak mengupas tentang undang-undang tersebut tetapi lebih kepada memperlihatkan sikap bodoh sombong para pimpinan PAS sehingga sanggup menjilat serta sujud di kaki Anwar Ibrahim.

Apa besarnya Anwar Ibrahim jika dibandingkan dengan undang-undang yang mahu dikuatkuasakan ?

Mengapa kini angguk dan tunduk kepada arahan Anwar Ibrahim sedangkan sebelum ini gah kononnya PAS lah yang terbaik dalam menguruskan hal ehwal agama khususnya di bumi Malaysia ini ?

Malah jika dibandingkan ilmu agama diantara Anwar dan pimpinan dalam PAS yang mempunyai sijil dari Madinah ini sudah tentu PAS lebih hebat tetapi mengapa akur dengan Anwar Ibrahim ?

PAS ternyata sudah hilang integriti kerana kedangkalan sendiri dan sikap mahu menunjuk-nunjuk ternyata memakan diri sendiri.

Mengambil pendirian untuk menilai semula undang-undang tersebut membuktikan PAS selama ini GAGAL memberikan kefahaman tentang Islam kepada sahabat sesyurga sendiri sedangkan Nik Aziz tidak pernah berhenti daripada melabel UMNO sebagai parti yang memperjuangkan kebangsaan.

Pada pandangan MMI , UMNO konsisten dalam kita merencanakan undang-undang sebegini , kita melihat kepada penerimaan masyarakat sekeliling khususnya mereka yang bukan beragama Islam kerana kita tidak mahu apa yang kita laksanakan atas nama Islam harus ditarik balik kerana ianya menggambarkan kelemahan Islam itu sendiri.

Sekiranya pandangan MMI itu dikira UMNO menolak Islam maka tindakan PAS menarik balik penguatkuasaan terhadap salun gunting rambut juga dikira menolak Islam.

Soalnya dimana maruah PAS apabila cuba mengamalkan undang-undang "chipsmore" ini ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels