Followers

Sunday 9 December 2012

PAS Ajak Penyokongnya Mandi Air Terjun SEJUKKAN BADAN !!


Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung beberapa hari lalu, kita semua telah melihat bagaimana kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli ahli UMNO untuk memastikan Barisan Nasional menang pada pilihanraya akan datang.

Kita dapat melihat juga kesungguhan Perdana Menteri dalam memberikan kata kata semangat kepada seluruh ahli ahli parti yang pastinya pulang dengan seribu azam untuk memastikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional dalam PRU nanti.

Apa yang menggelikan hati ialah, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersungguh sungguh mengatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menang besar dalam PRU13, berbeza sekali dengan pendapat yang dikeluarkan oleh pengerusi DAP Pulau Pinang yang menjangkakan bahawa Barisan Nasional akan menang besar.

Macam yang selalu MMI sebut , PAS kini semakin tenat dan kerana itulah Datuk Mustafa Ali menjadi kambing hitam kepada pimpinan PAS Pusat malah mungkin pimpinan Pakatan Haprak juga kerana beliaulah yang terkinja-kinja menyatakan kepada juak-juak pencacai yang Pakatan Haprak akan menang besar dalam PRU13 nanti. 

Hahaha siapa dia Mustafa Ali ni ? Lawyer ? Tukang Gunting Rambut ? Majistret ? kalau setakat Setiausaha Agung PAS memang dia buat lawak lah..

Semua orang dah kenal siapa Pakatan Haprak Mustafa oi ! kenyataan Setiausaha Agung PAS ni hanyalah sebagai penyedap dan penyejuk supaya juak-juak pencacai PAS yang kini sudah semakin rimas dengan hala tuju parti sendiri dapat terus memberikan sokongan kepada perjuangan songsang PAS bersama sahabat sesyurga mereka dalam Pakatan Haprak.

Kalau ampa semua nak tau sejauh mana juak PAS mengelupor sampaikan kambing hitam ni perlu bersuara tunggu entri MMI jam 4.00 petang nanti..

Kepada Mustafa adalah lebih baik ang ajak juak-juak pencacai Pakatan Haprak tu pi mandi air terjun lagi bagus "confirm' sejuk seluruh badan.


Rilek aa Bro , yang nak marah tu pasai apa ? 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels