Ucapan penggulungan Presiden UMNO semalam adalah yang paling ringkas dalam mana-mana Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.
Ia mengambil masa kira-kira 45 minit saja.Ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak ‘ langgar’ waktu Maghrib yang menjelang tiba petang Sabtu.
Biasa ucapan penting presiden parti yang menjadi kemuncak seluruh perhimpunan setahun sekali itu ambil masa lebih sejam lamanya.
Namun dalam tempoh yang singkat itu,Perdana Menteri telah berjaya membakar semangat para perwakilan UMNO dari seluruh negara yang menunggu untuk mendengar amanatnya menjelang pilihanraya umum bila-bila masa tahun depan.
Lebih berseri lagi majlis pengulungan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu dihadiri oleh kedua-dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.
Mesej Najib sangat jelas dan padat.Gema semangatnya dapat dilihat dari reaksi para perwakilan,pemerhati dan orangramai yang membanjiri PWTC.
Makanya pembangkang jangan ingat mereka boleh goyang kaki dan senang-senang hendak tebas jalan ke Putrajaya pada PRU13.
YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selakuu Presiden UMNO turut melontarkan soalan yang disifatkannya sebagai soalan 'cepumas'.
Ia penuh bermakna bagi menguji tahap kesediaan anggota Umno untuk menyokong parti sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 nanti.
Presiden Umno itu mengajak para pejuang parti untuk memikirkan persoalan itu kerana ia bakal menentukan kalah menang parti pada pilihan raya umum itu.
Lima kemungkinan ditawarkan Najib bagi menjawab soalan cepumas yang sarat dengan mesej itu -- sokong sepenuhnya calon dipilih parti; sokong; tidak bekerja; sabotaj; atau lompat parti.
"Ini survey penting...tanya diri sendiri. Kita tidak akan edar borang dalam dewan ini, jangan bimbang...tetapi saya nak tuan puan sekalian dalam dewan ini, dalam perjalanan balik nanti, dalam kereta nanti, dalam bas ekspres nanti, cuba tepuk dada, tanya selera," katanya disambut tepukan gemuruh anggota perwakilan.
"Kita hendak semangat seperti ini bertahan sampai masa pilihan raya. Bawa balik masa kita jumpa penyokong-penyokong kita, sebab dalam kalangan kita banyak batu ronsonnya (batu api), banyak tukang kipas, dia cong (tipu) kita, kalau tidak kuat iman, daripada sokong sepenuhnya turun pada sokong, ataupun dari sokong dia buat dek (tak tahu)...tidak bekerja (untuk parti) atau lebih parah dia sabotaj atau lompat parti," katanya.
Kepada seluruh perwakilan UMNO , dalam perjalanan pulang ke tempat masing-masing fikirkan mana satu agaknya pilihan anda ! Hanya anda yang mampu memberikan jawapannya.
Oklah MMI baru saja sampai dan nak berehat sekejap , kepada semua perwakilan UMNO yang bakal mahupun sedang bergerak pulang berhati-hatilah ketika memandu.Jumpa lagi di entri seterusnya jam 2.00 petang nanti.
Psstt MMI dah pun ada jawapannya !
MMI.
No comments:
Post a Comment