Followers

Sunday, 2 December 2012

Terima Kasih PM !!


Persidangan Agung UMNO 2012 baru saja melabuhkan tirainya semalam.Rata-rata perwakilan pastinya tersenyum puas dan yakin bahawa inilah Persidangan terbaik bagi seluruh perwakilan dan pemerhati UMNO sebelum pilihan raya diadakan sedikit masa lagi.

MMI yang turut berkampung di PWTC sesungguhnya turut berasa teruja melihatkan sokongan dan sambutan yang cukup luar biasa kali ini apabila melihatkan suasana dan kemeriahan persidangan kali ini yang di penuhi oleh bukan saja perwakilan tetapi juga para pemerhati.

Sambutan khususnya dari pemerhati yang sama-sama mahu mengikuti persidangan pada tahun ini dilihat bertambah malah dari tinjauan yang dilakukan sewaktu ucapan penggulungan YAB Presiden parti semalam menyaksikan setiap ruang di PWTC yang memaparkan skrin diisi oleh setiap mereka yang hadir.

Semacam bangkit satu perasaan bangga apabila melihat senario ini berlaku dan MMI melahirkan rasa syukur dengan apa yang berlaku.Percayalah apa yang berlaku semalam dan sepanjang persidangan diadakan merupakan bukti bahawa UMNO kini kembali menjadi parti pilihan rakyat.

Yang lebih istimewanya bagi MMI walaupun rasa keletihan masih dirasai namun segalanya terubat apabila dalam ucapan penggulungan YAB Presiden semalam , beliau turut berterima kasih kepada para bloggers pro BN yang saban hari sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Pastinya ungkapan ini adalah satu ungkapan keramat bagi para bloggers khususnya kepada MMI kerana sepanjang perjuangan ini tidak ada perkara lain yang lebih penting daripada mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional daripada terus-terusan di serang dan di fitnah oleh mereka yang MMI gelarkan sebagai pengkianat.

Percayalah dengan kata-kata semangat penuh ikhlas itu MMI sebagai bloggers akan terus berjuang demi Agama,Bangsa dan Negara.

TERIMA KASIH PM !

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels