Followers

Sunday, 23 December 2012

POLIS Selangor Kemukakan Bukti , PBT Punca Pusat Judi Komputer Semakin Bertambah


Kewujudan pusat-pusat judi berkomputer yang semakin berleluasa di Selangor selama ini adalah kerana sikap pihak PBTnya sendiri.Mereka cukup pandai meluluskan lesen kemudiannya memberikan jutaan alasan apabila ada langkah-langkah pencegahan daripada pasukan polis mahu dilaksanakan.

Sebelum ini Exco kerajaan negeri Selangor , Ronnie Liu yang sering melalak kononnya mereka tidak mempunyai kuasa penuh bagi menangani permasalahan tersebut hanyalah satu sandiwara sahaja.Sekiranya kerajaan negeri Selangor benar-benar ikhlas mahu membanteras gejala perjudian mesin ini mengapa permohonan daripada pihak polis untuk menyita premis tidak diendahkan ? 

Ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah apabila mendakwa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini tidak mengendahkan 188 permohonan pihak polis untuk menyita premis mesin perjudian haram.

Menurutnya usaha polis yang melakukan serbuan sepanjang tahun ini sama sekali tidak mendapat kerjasama daripada PBT untuk menyita premis yang diserbu. 

"Polis menyerahkan 188 permohonan sita kepada PBT yang berkenaan, namun tiada satu pun dilaksanakan," katanya di sidang media semalam.Baca Seterusnya

"Nampaknya ada pihak tertentu mempunyai niat berlainan dan memaparkan seolah-olah polis Selangor tidak ambil tindakan (terhadap premis perjudian) sungguhpun hakikat adalah sebaliknya," tegas beliau.

Seperti yang kita sedia maklum memang begitulah sikap pemimpin DAPigs sebenarnya suka menuding jari kepada orang lain sedangkan tangan sendiri dipenuhi NAJIS.

Rakyat Selangor harus tahu bercambahnya pusat judi berkomputer di negeri tersebut bukan kerana pihak polis tidak mengambil tindakan tetapi kerana sikap PBT yang tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya dalam usaha pihak polis membanteras kegiatan judi.

188 permohonan sita daripada pihak polis yang sehingga kini masih belum dilaksanakan oleh PBT di Selangor membuktikan Ronnie Liu sebelum ini hanya banyak bercakap tetapi GAGAL bekerja untuk kesejahteraan rakyat Selangor !!

Psstt ada mashuk kot ??

MMI.

1 comment:

  1. Cawangan perlesenan dalam PBT memperalatkan diri mereka sendiri. Peniaga mesin judi selalu akan membuat permohonan lesen ke atas premis perniagaan judi mereka dengan menggunakan perkara/tajuk/aktiviti perniagaan seperti pusat hiburan keluarga. Selalunya setelah lesen disahkan, premis perniagaan tersebut beroperasi tanpa menggunakan sebarang papan tanda iklan diluar premis mereka. Pihak intergriti dalam PBT pun buat seperti tak ada apa-apa yang berlaku. So benarlah kata Datuk Tun Hisan Tun Hamzah bahawa PBT macam ibarat dalang disebalik kegiatan mesin judi berleluasa.

    ReplyDelete

Labels