YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sudah mula memberikan tanda-tanda awal tarikh pilihan raya ke13 yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.YAB PM yang kini berada di New Delhi atas urusan kerja turut membayangkan kemungkinan pilihan raya ke13 akan diadakan sebelum sambutan Tahun Baru Cina.
YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) telah mengenal pasti senarai nama calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tetapi belum dimuktamadkan lagi kerana ia merupakan proses berterusan sehingga menjelang pilihan raya.
Beliau yang juga Pengerusi BN menegaskan, senarai tersebut masih boleh berubah jika pihaknya menerima maklumat terkini mengenai seseorang calon.
Ia (pemilihan calon) adalah proses berterusan. Sehingga sampai saat kita umumkan, proses ini boleh berubah. Kalau kita ada input terkini, nama itu boleh dipinda,” katanya.
Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia pada hari terakhir Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India bagi memperingati 20 tahun hubungan dialog antara ASEAN dan India,semalam.
Ditanya cadangan supaya kerajaan mewajibkan parti politik mengemukakan senarai nama calon PRU-13 untuk proses tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Najib berkata, semua calon BN melalui proses tapisan SPRM.
Kita rujuk nama calon kepada SPRM dan jika fail mereka boleh dipertikaikan, mereka tidak mungkin lulus tapisan SPRM. Ini sedang kita lakukan pada masa ini kerana sebahagian nama-nama calon telah diketahui oleh SPRM,” ujarnya.
Sehubungan itu, tegas Perdana Menteri, SPRM akan menapis nama-nama tersebut terlebih dahulu kerana pendirian BN ialah setiap calon pilihan raya mesti melalui tapisan SPRM.
Cadangan itu disuarakan oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar. Ia membabitkan semua parti politik dan individu yang akan bertanding sebagai calon Bebas termasuk Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal dicalonkan semula atau yang pertama kali bertanding.
Dalam pada itu, Najib tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada pertengahan Februari tahun hadapan.
Tahun Baru Cina akan disambut pada 10 dan 11 Februari depan, manakala tempoh penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada 28 April tahun hadapan.
Soalan lain? Percubaan yang baik…percubaan yang baik,” katanya merujuk kepada soalan wartawan mengenai tarikh pilihan raya umum itu yang kini masih menjadi teka-teki. – UTUSAN.
Macam biasa tunggu lagi...kepada seluruh jentera UMNO dan BN bukan soal bila pilihan raya tetapi soal sejauh mana jentera kita sudah bersedia ? Itu lebih penting kerana kita bakal melangkah ke medan pertempuran paling sengit dalam sejarah pilihan raya negara.
MMI.
Tarikh PRU-13 dah tak penting lagi dah...Baca sini;
ReplyDeletehttp://unofficialversion.wordpress.com/2012/12/24/pru-13-di-bulan-februari/