Followers

Wednesday, 5 December 2012

Rakyat Malaysia BERUNTUNG Kerana Mempunyai 3 Perdana Menteri


Sebagai rakyat Malaysia , MMI rasa cukup beruntung kerana negara kini memiliki 3 Perdana Menteri.Walaupun tak dinafikan YAB Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri hari ini namun kehadiran dan sokongan 2 bekas Perdana Menteri sebelumnya cukup memberikan sejuta makna.

MMI yakin negara akan terus maju dan makmur di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri kerana beliau bukan saja mampu memikul tanggungjawab dan amanahnya tetapi beliau mempunyai rakan,sahabat malah tidak keterlaluan MMI katakan beliau mempunyai mentor terbaik yang sentiasa memberikan sokongan di kiri dan kanan beliau.

Rakyat Malaysia sebenarnya tidak perlu gusar dan resah kerana kepimpinan utama negara kita mempunyai cukup pengalaman malah barisan penasihatnya bukan calang-calang orangnya kerana mereka juga mempunyai pengalaman sebagai perdana menteri dan inilah yang membuatkan kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dapat bergerak dan memacu negara dengan baik.

Dalam masa yang sama kita dapat melihat betapa resahnya barisan pembangkang hari ini bilamana UMNO dan Barisan Nasional dapat mengembalikan kekuatan serta kepercayaan rakyat terhadap mereka.

Malah jika dikira kenyataan terbaru daripada Anwar selaku ketua pembangkang amat jelas sekali beliau sebenarnya ketakutan dan risau dengan perkembangan mutakir ini.Sesungguhnya Anwar tahu bahawa dengan gandingan 3 kekuatan perdana menteri serta bekas perdana menteri ini bakal menyaksikan Malaysia akan melonjak kejayaannya.

Paling ditakuti dan dibimbangi oleh Anwar adalah dengan gandingan ini Pakatan Haprak mampu GAGAL dalam misi penuh fitnah untuk menguasai Putrajaya.

Anwar tahu Pakatan Haprak tidak dapat memberikan saingan khususnya dalam menzahirkan gandingan pimpinan mereka bagi menyaingi gandingan mantap Najib,Mahathir dan Pak Lah menerajui negara.Oleh kerana itulah Anwar dan barisan Pakatan Hapraknya akan dan sudah pun memulakan serangan khususnya melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri.Baca Sini 

'Don't get me wrong' perkara pertama yang harus anda semua fahami kerana gandingan Najib,Mahathir dan Pak Lah bukan bererti Najib tidak mempunyai keupayaan memimpin tetapi gandingan ini sebenarnya memberikan banyak kelebihan khususnya buat rakyat kerana Najib selaku Perdana Menteri akan di bantu oleh Pak Lah dan Mahathir dalam mencari dan mendapatkan pandangan serta idea yang pastinya akan dilaksanakan sekiranya ia mampu memberikan kemakmuran kepada rakyat.

Kesannya sudah pun dibuktikan melalui usaha berterusan dan program tranformasi yang dijalankan oleh kerajaan selama ini.

Bukankah semua itu lebih baik daripada meletakkan harapan kepada pimpinan dalam Pakatan Haprak yang saban waktu menipu rakyat kononnya mereka satu hati.Malah kerana mahu membuktikan  penyatuan inilah maka PAS kini terkial-kial mencari rentak setelah diliwat oleh sahabat pilihan mereka sendiri.

Sebagai rakyat kita seharusnya bijak membuat perhitungan kerana satu kesilapan bakal membawa padah yang harus kita tanggung selama hampir 5 tahun dan percayalah kata-kata Tunku Aziz ada benarnya dalam menentukan sesebuah kerajaan kita sesekali tidak boleh bereksperimen kerana kesannya cukup bahaya kepada negara.

Bayangkan apa yang boleh berlaku selama hampir 5 tahun sekiranya kita tersalah memilih kerajaan ?

Beruntungnya kita kerana dikurniakan 3 Perdana Menteri dalam memimpin negara tercinta ! 

Untuk Malaysia terus melakarkan kejayaan dan kemakmuran , andalah sebenarnya yang akan menentukan sama ada kita mampu atau pun tidak kerana ibu kepada segala jawapan ini berada di hujung jari anda .

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels