Pertama sekali ampa semua kena faham bahawa MMI bukannya takbur.Begitu juga dengan ampa yang membaca entri ni kita bukannya sombong apatah lagi takbur.Kita cuma seorang rakyat yang meletakkan politik itu sebagai antara keutamaan selain dari perkara-perkara lain yang kita lakukan seharian.
Sebagai rakyat MMI memilih UMNO sebagai parti untuk berjuang dan Barisan Nasional sebagai kerajaan kerana perjuangan UMNO dan Barisan Nasional adalah yang terbaik dan amat bersesuaian dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.
Malah pengalaman UMNO dan Barisan Nasional sudah teruji dan terbukti , lihat saja bagaimana UMNO dan Barisan Nasional bangun dari kelemahan sendiri hasil daripada garapan terbaik pimpinannya dengan mendengar suara hati rakyat.
Nah hari ini kesannya cukup menakjubkan ! Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya jugalah maka hari ini UMNO dan Barisan Nasional kembali sebagai sebuah parti dan kerajaan yang bukan saja dikira terbaik tetapi mampu membela nasib rakyatnya.
Tidak perlu rasanya MMI ceritakan semula bagaimana sokongan demi sokongan yang diberikan oleh rakyat kepada YAB PM dan kerajaan hari ini kerana seperti semua sedia maklum kita berada di landasan yang betul dalam membawa hala tuju negara mencapai kemakmuran bersama.
Namun jika kita amati tidak seorang pun pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang hari ini sudah berehat dan bersikap angkuh dengan menyatakan bahawa KITA AKAN MENANG kerana kita tahu untuk membela rakyat kita harus terus bekerja dan mendekati mereka dan inilah yang menjadi amalan seluruh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
Dalam masa sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional semakin meningkat tiba-tiba kita dikejutkan dengan satu kenyataan daripada Si Luncai.
MMI tak pasti sama ada Si Luncai ini dengan labu-labunya ataupun tidak tetapi memang menarik kisah dan cerita dari Si Luncai ini.Untuk tidak menghampakan semua MMI bawakan eksklusif cerita terbaik abad ini bertajuk "Bila Si Luncai Berkata-kata" jom layan..
BILA SI LUNCAI BERKATA-KATA
Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir, sibuk untuk meninggalkan negara ini..Begitu, PAS penuh keyakinan, perpindahan kuasa yang akan berlaku dalam pilihan raya ke 13 nanti bakal berjalan dengan penuh keamanan.
Pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.
"Ketika itu, Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka. "Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihan raya PAS di Kota Bharu baru-baru ini.
Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap to Putrajaya' PAS ini kepada Harakahdaily.
Oleh kerana semua rakyat menyambut baik perpindahan kuasa ini, beliau yakin semua pihak yang mendokong negara termasuk angkatan tentera dan polis tidak akan bertembung dengan kehendak rakyat.
"Apabila rakyat membuat keputusan yang jelas memberikan mandat kepada Pakatan, saya yakin semua aparatus negara akan bersama rakyat kerana terlalu tinggi risiko yang diambil kalau mereka tidak bersama rakyat," kata Husam penuh keyakinan.
Maklumat terbaru yang beliau terima menunjukkan BN bakal mendapat hanya sekitar 80 dari 122 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihan raya ke 13 nanti.
Beliau juga diberitahu, para pengundi Melayu juga sudah berubah termasuk di kawasan Felda seiring dengan kajian yang dibuat oleh sebuah badan di Selangor.
"Apabila ini berlaku, masalah yang bakal dihadapi oleh PAS dan parti-parti dalam Pakatan adalah menghadapi permohonan berbondong-bondong para wakil rakyat BN untuk menyertainya.
"Kita tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk menapis mereka sedangkan kita perlu membuat keputusan segera," kata Husam yang merupakan antara pakar strategi PAS itu.
Sebelum ini, Husam yang mula-mula mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan membuat pilihan raya berasingan dari kerajaan pusat jika tarikh yang dipilih BN tidak sesuai dengan Pakatan.
Akibatnya, Selangor bertegas tidak mahu mengadakan pilihan raya awal dan menghalang Najib dari menetapkan tarikh pilihan raya bersendirian.
Oleh itu, bagi Husam, apa yang berlaku sekarang mencapai sasaran kenyataan beliau hari itu iaitu BN perlu berunding dengan Pakatan dalam menetapkan tarikh pilihan raya atau menolaknya sehingga ke hujung waktu.
Begitulah kisahnya..
Si Luncai
Hahaha (ingat aa awal-awal lagi MMI dah sebut bukan TAKBUR tau) MMI cuma nak ambil kesempatan ini untuk bertanya , setelah membaca cerita Si Luncai tersebut apa pandangan ampa semua ?
Psstt Luncai ni tak ada labu rasanya..
MMI.
No comments:
Post a Comment