Followers

Wednesday 19 December 2012

TAHNIAH Buat Rakyat Selangor ?!!!


Kepada rakyat Selangor , Tahniah MMI ucapkan kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab.Diberitakan Khalid Gagap sebagai Menteri Besar Selangor sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya hinggakan boleh mengeluarkan duit sendiri untuk membeli sebuah bas mewah bagi dihadiahkan kepada sahabat karibnya Anwar Ibrahim.

Sejauh mana kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid benar-benar mengambil berat tentang rakyatnya ? Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut baca dibawah.

1. Kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Khalid Ibrahim nampaknya sekali lagi membebankan rakyat apabila menaikkan bayaran lesen 90 jenis perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mulai tahun 2013.Tambah membebankan,pihak berkuasa tempatan juga turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional.

2. Antara yang turut dikenakan ialah Rumah Kebajikan orang Tua,Rumah Orang Kurang Upaya dan Pusat Penjagaan Kanak-kanak.Golongan ini rata-ratanya mendapat sumber kewangan dari sumbangan dan derma orang ramai.Malahan,kebanyakan rumah kebajikan ini beroperasi dalam keadaan daif. Tindakan ini dilihat akan hanya membebankan mereka malah kami menjangkakan ini akan memberi kesan negatif pada jangka panjang terhadap golongan tersebut.

3. Saya berpendapat bahawa,premis yang beroperasi bagi tujuan kemasyarakatan ini perlu dikenalpasti dan diberikan lesen untuk beroperasi agar pemantauan boleh dilakukan. Namun untuk menaikkan harga lesen, ianya dilihat membebankan.

4. Lebih menyedihkan,kebanyakan pusat jagaan yang beroperasi secara persendirian ini tidak mendapat perhatian penuh dari pihak kerajaan negeri sedangkan mereka ini melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

5. Apakah yang cuba dibuktikan oleh kerajaan negeri? Adakah wang kutipan dari kompaun dan cukai premis yang begitu tinggi selama ini tidak mampu untuk menampung perbelanjaan Pihak Berkuasa Tempatan?

6. Lebih menyedihkan,kenaikan bayaran lesen premis ini langsung tidak menggambarkan tahap perkhidmatan yang diharapkan oleh rakyat.

7. Saya juga berasa amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal mengenakan cukai pintu sehingga 10 kali ganda ke atas penduduk Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang.

8. Sekali lagi,saya merasakan kenaikan cukai ini hanya akan membebankan rakyat kerana perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan. 

9. Lebih membebankan, kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila meningkat sejak tahun 2011 dan 2012.Malah bagi tahun 2013,kenaikan adalah lebih tinggi.Saya mendapat maklumat bahawa, ada penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM 1,470 pada tahun 2011,menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada tahun 2013 nanti. 

10. Masalah penyelenggaraan infrastruktur yang lemah dan sistem kutipan sampah yang tidak cekap menyebabkan justifikasi kenaikan cukai pintu ini langsung tidak boleh diterima. Lebih menyedihkan, rakyat seperti tertipu apabila Pakatan berjanji akan menurutkan cukai pintu sehingga 20% dalam manifesto mereka ketika PRU ke 12 yang lalu. 

11. Inikah kerajaan yang memikirkan kebajikan rakyat? Adakah sumber kewangan negeri berada dalam keadaan membebankan sekarang ini? Rakyat Selangor menginginkan kerajaan yang mampu menepati janji. Kerajaan yang bukan sekadar melemparkan janji popular namun tidak berupaya untuk menunaikannya. 

Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed 
Koordinator BN Selangor

Macam mana rakyat Selangor ??


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels