Jika sebelum ini heboh desas desus menyatakan Datuk Seri Zahrain bakal menyertai UMNO segalanya terjawab tengahari tadi sewaktu jamuan makan tengahari bersama YAB Perdana Menteri.YAB Perdana Menteri yang dalam rangka lawatannya ke Pulau Pinang hari ini bukan saja diberikan sambutan yang cukup meriah oleh puluhan ribu rakyat Pulau Pinang dari pelbagai bangsa malah beliau turut menerima borang keahlian UMNO daripada Datuk Seri Zahrain bersama 300 orang pengikutnya.
Bukan sesuatu yang biasa apabila perkara seumpama ini berlaku dan bukan satu perkara kecil kerana kemasukan Datuk Seri Zahrain kembali bersama UMNO ada sebabnya.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Ahli Parlimen Bebas ini antara yang paling lantang sewaktu bersama PKR pada 2008 sehingga menewaskan pencabarnya dari BN dengan majoriti 11,209 undi dalam pilihan raya yang lalu , kemudiannya bertindak keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas seterusnya menjadi antara pemimpin yang paling lantang mengkritik Pakatan Haprak.
Antara sebab yang perlu anda semua ketahui adalah Zahrain sebenarnya terpanggil untuk kembali bersama perjuangan UMNO bertitik tolak daripada ucapan YAB Datuk Seri Najib dalam Persidangan Agung UMNO baru-baru ini yang ikhlas dan benar-benar komited dalam usaha mempertahankan survival bangsa Melayu , agama Islam dan semestinya seluruh rakyat dan negara Malaysia.
Oleh kerana itu Zahrain yang mengakui sebak sewaktu mendengar ucapan Presiden UMNO membulatkan tekad dan muhasabah diri untuk kembali berjuang bersama UMNO demi Bangsa,Agama dan Negara.
Perhimpunan kali ini luar biasa sebab saranan yang dibawa oleh presiden parti bukan hanya tertumpu kepada orang UMNO tetapi orang Melayu keseluruhannya. Saya hadir dalam perasmian dan sebak mendengar ucapan presiden.
Kita harus sedar bahawa kedudukan orang Melayu hari ini di persimpangan dilemma. Presiden dengan tepat telah mengingatkan bukan sahaja orang UMNO, tetapi orang Melayu dan Islam tentang pembangkang yang tak peduli dengan isu kelansungan orang Melayu, tetapi lebih kepada impian seseorang untuk menjadi Perdana Menteri.
Dalam PRU yang lalu pembangkang banyak menang kerana ramai orang Melayu membelakangkan UMNO. Tapi hari ini orang Melayu sudah nampak bahayanya kalau pembangkang diberi kuasa.Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim Baca Seterusnya
Bagi MMI ini merupakan isyarat bahawa perjuangan dan program tranformasi yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri berada di landasan yang betul dan terbaik.Maka oleh kerana itu rakyat perlu memikirkan tentang perjuangan jangka panjang kerana ianya bakal menjadi penentu kepada bukan saja bangsa Melayu bahkan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama khususnya dalam usaha kita bersama yang mahu melihat Malaysia terus maju dan makmur.
Sejauh mana keikhlasan seseorang itu untuk bersama UMNO hanya akan terjawab apabila beliau diberikan peluang untuk membuktikan keinsafannya.Maka kerana itu Zahrain yang dulunya penentang UMNO seharusnya diberikan peluang untuk membuktikan kata-kata beliau bahawa perjuangan bagi membela nasib Bangsa,Agama dan Negara merupakan yang terpenting daripada melihat bangsa sendiri runtuh kerana perjuangan songsang lagi jijik Pakatan Haprak yang mampu menyebabkan institusi negara lemah seterusnya membuka jalan kepada pihak-pihak di luar sana mengancam kemerdekaan negara yang kita cintai.
MMI.
No comments:
Post a Comment