Kehadiran YAB Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Pinang hari ini benar-benar menyentap jantung dan benak setiap pemimpin dan juak-juak penyokong Pakatan Haprak bila mana puluhan ribu rakyat dari pelbagai bangsa menanti dan menyambut ketibaan Perdana Menteri berjiwa rakyat ini.
Malah rata-rata yang ditemui menyatakan seolah-olah ada aura yang menarik perhatian rakyat untuk bersama malah mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan Perdana Menteri yang sudah dikira mempunyai populariti setanding artis hebat ini.
Haha MMI pun tumpang tersenyum sampai begitu sekali rakyat meletakkan kepercayaan kepada Perdanan Menteri kita dan semestinya setiap rakyat mempunyai pandangan tersendiri dan kerana pandangan itulah maka hari ini mereka membuktikan dengan hadir beramai-ramai semata-mata untuk bersama YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
MMI yakin Perdana Menteri kita bukanlah manusia yang menggunakan segala macam ilmu hitam bagi menarik perhatian rakyat tetapi kerana usaha dan gerak kerjanya yang konsisten dalam membantu rakyat dan membawa negara mencapai kemakmuran adalah sebab utama mengapa rakyat kini lebih menyayangi Perdana Menteri Malaysia.
Oleh kerana itu maka hari ini Pulau Pinang dilanda Tsunami rakyat yang sudah pun mengecutkan juak-juak Pakatan Haprak.Barangkali di saat ini Guan Eng mungkin sedang berdiri di tepi tingkap dalam bangunan Komtar memilih tindakan yang sama seperti mana Menteri KDN kita sebelum ini menggunakan teropong bagi meninjau sejauh mana sokongan rakyat terhadap YAB Perdana Menteri.
Malah mungkin kerana terkejut dengan sambutan yang mencecah puluhan ribu itu maka anjing-anjing Pakatan Haprak di lepaskan bagi melakukan sabotaj sepanjang program YAB Perdana Menteri di Pulau Pinang hari ini.
Terkini di Tanjong Tokong lokasi ke tiga untuk siri lawatan PM telah diserang oleh anjing-anjing Pakatan Haprak.Bersenjatakan cat hitam mereka telah merosakkan gambar gambar PM dan turut merosakkan gambar Tun Razak.
Inilah bahana apabila BN mengadakan program menunaikan janji kepada rakyat,anjing pakatan dikerah untuk menyerang dan membuat sabotaj untuk mengagalkan BN daripada membantu rakyat.
sumber pisau.net
MMI.
No comments:
Post a Comment