Kalau ahli sendiri pun tak faham dengan perjuangan parti apa lagi yang nak pemimpin parti DAP canangkan ? Setelah 47 tahun lamanya perjuangan tersebut mustahil ahli-ahli masih gagal memahami perjuangan sebenar parti DAP melainkan para pimpinannya selamanya ini GAGAL ataupun hanya menjadikan perjuangan Malaysian Malaysia sebagai omongan kosong untuk mendapatkan sokongan rakyat semata-mata.
Konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP dengan takrifan kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara tampak gagal diterjemahkan melalui keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semalam.
Keputusan yang diumumkan itu nyata memberikan tamparan hebat kepada ideologi Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh DAP sejak sekian lama.
Calon tersingkir, bekas Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor berkata kekalahan kesemua lapan calon Melayu pada pemilihan parti itu untuk 20 jawatan tertinggi itu menunjukkan perwakilan masih gagal memahami konsep sebenar Malaysian Malaysia.
Beliau turut menegaskan konsep dan ideologi 1Malaysia Barisan Nasional (BN) lebih mudah diterima oleh parti-parti komponen dari segi amalan dan partikaliti.
Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampak lebih berjaya menerapkan unsur-unsur 1Malaysia yang diperkenalkan setelah mengambil-alih tampuk pemerintahan negara.
“Mesej yang ingin kita sampaikan kepada perwakilan iaitu DAP adalah sebuah parti berbilang kaum selama 47 tahun ini tidak sampai.
"Konsep Malaysian Malaysia tidak sampai kepada perwakilan.Mesej tersebut tidak ditransformasikan kepada keputusan pemilihan semalam.
“Perwakilan masih lagi gagal untuk menerima ideologi Malaysian Malaysia yang mana telah diterima oleh BN. Najib selaku Perdana Menteri sendiri menerima konsep Malaysian Malaysia namun mengapa ahli-ahli (DAP) sendiri tidak dapat terima.
"Bila Najib sendiri boleh terima Malaysian Malaysia itu 1Malaysia, mengapa orang-orang DAP masih gagal memahami konsep dan ideologi Malaysian Malaysia?” katanya dengan nada kesal.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perletakan jawatan Naib Pengerusi Tunku Aziz Ibrahim menyebabkan perwakilan dari kaum Cina sukar dan serik untuk memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin Melayu lain.
"Kita boleh melihat dengan jelas lapan pemimpin Melayu yang berkaliber, satu pun tak boleh masuk sebab perwakilan sudah fikir kerusi kalau kita beri kepada orang Melayu mungkin akan rosak kedudukan orang Melayu,” katanya yang turut pernah menjawat jawatan Naib Pengerusi parti.
sumber klpos
MMI.
No comments:
Post a Comment