Followers

Thursday 3 January 2013

Apa Perlu Hadi Tampil Buat Penjelasan ??


Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002 yang lalu telah pun mengeluarkan fatwa bahawa amanat yang disampaikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 adalah bercanggah daripada segi ajaran Islam.

Malah Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.

Oleh yang demikian apa perlunya Hadi tampil untuk buat penjelasan ? Jika mengikut pandangan banyak pihak dan Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri maka apa yang perlu dilakukan oleh Haji Hadi adalah MENARIK BALIK amanat yang beliau keluarkan bukannya dengan tampil dalam kaca tv bagi menyesatkan lagi umat Islam di Malaysia.

Jelas sekali apa yang sedang dilakukan oleh Hadi dan konco-konconya adalah bertujuan untuk menarik isu pokok kepada isu yang lain supaya mereka masih boleh bernafas dalam jangka hayat yang tak sampai beberapa bulan ini untuk pilihan raya.

Berdasarkan kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu jugalah pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penyiaran amanat tersebut menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.

Jadi rakyat Malaysia khususnya umat Islam perlu bijak dalam mendepani isu ini , rujuklah kepada mereka yang benar-benar layak bagi mencari jawapan sebenarnya.

Dalam konteks ini Hadi berdepan dengan banyak pihak diluar sana termasuk para ulama,ahli agama,ustaz,Majlis Agama di peringkat negeri,JAKIM dan banyak lagi yang sudah pun menyatakan bahawa amanatnya adalah sesat dan perlu ditarik balik.

Kepada anda diluar sana inilah BUKTI paling JELAS bahawa PAS adalah parti yang menyesatkan kerana amanat ini datangnya daripada seorang pemimpin yang mereka angkat sebagai Presiden.

Fikirkan...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels