Followers

Thursday, 3 January 2013

Guan Eng Keluarkan Perutusan Makan Diri ?!!


Barangkali ada benarnya cakap-cakap orang yang menyatakan sekiranya seseorang itu bakal menerima musibah maka sikap dan perangainya akan sedikit berlainan dari kebiasaannya.Sejauh mana kebenaran teori ini MMI sendiri tak pasti cumanya kadang-kadang ada berlaku.

Begitu juga dengan Guan Eng , perutusan yang dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini yang mencetuskan kegemparan dan tsunami politik kerana menyentuh tentang kalimah Allah dilihat merupakan perutusan makan diri.

Walaupun pencacai PAS cuba membantu namun ianya tidak berjaya kerana orang Islam jelas marah dengan sikap biadap Guan Eng yang sengaja bertindak sedemikian sedangkan beliau tahu perkataan Allah sudah pun diwartakan untuk orang Islam sahaja.

Merujuk kepada laporan berita daripada BERNAMA , Guan Eng seharusnya memberi fokus kepada pembangunan ekonomi dan pelaburan terutama ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bayan Baru, David Yim mendakwa ramai pekerja kilang di kawasan Bayan Lepas tidak menerima bonus untuk tahun 2012 berikutan prestasi perniagaan yang kurang baik.

"Ketua Menteri (Lim Guan Eng) harus memberi perhatian kepada ekonomi dan pelaburan dan bukannya bermain dengan isu perkauman untuk mengalih perhatian rakyat Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim dikatakan membangkitkan semula isu kalimah Allah semasa perutusan Hari Natal dengan menggesa kerajaan pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan tersebut.

Yim berkata Lim sekali lagi memburuk-burukkan nama Malaysia semasa perutusan Tahun Baru 2013 baru-baru ini dengan menyatakan negara ini tidak setanding dengan negara jiran.

"Perutusan sebegini akan memburukkan nama Malaysia dan sekali gus memberi pandangan negatif kepada pelabur asing yang berminat untuk melabur di negeri ini dan Malaysia," katanya.

Yim menggesa Lim supaya berhenti memainkan isu perkauman semasa rakyat gembira menyambut perayaan utama seperti Hari Natal dan Tahun Baru yang boleh membinasakan keharmonian negara ini.

Katanya Lim seharusnya mempertahankan keharmonian bangsa yang sudah 55 tahun dibina dan mencabar beliau untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia yang kesal serta sedih dengan tindakan itu.

Tak perlulah di huraikan panjang lebar lagi ianya seperti yang MMI katakan di awal tadi , Guan Eng buang tabiat rasanya keluarkan perutusan yang memakan diri dan MMI yakin perutusan itu bakal menjadi mimpi ngeri buat beliau setelah rakyat turun mengundi dalam PRU13 nanti.

Tak percaya ampa tunggu !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels