Presiden NGO 'R' (Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan), Nazri Deraman akan meneruskan hasrat berdebat dengan Datuk Seri Mustapha Mohamad atau Datuk Dr Awang Adek Hussin mengenai isu royalti minyak Kelantan walau dianggap tidak setanding dengan menteri untuk berbuat demikian oleh blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz.
Sebaliknya, Nazri dicabar oleh blogger yang lebih dikenali sebagai 'Kickdefella' itu berdebat dengannya mengenai isu sama.
Nazri yang tidak akan melayan atau menyahut cabaran pihak lain untuk berdebat mengenai isu tersebut berkata surat rasmi untuk berdebat dengan kedua-dua menteri akan dihantar dalam masa terdekat.
"Perkara (royalti) ini timbul daripada saya. Saya yang buat buat tawaran (debat), dia (Kickdefella) tak perlu cabar saya. Dia tak ada kaitan dengan saya atau isu ini.
"Saya akan menghantar surat rasmi kepada kedua-dua menteri berkenaan pada masa yang difikirkan sesuai...dalam masa terdekat sebelum pilihan raya umum," katanya ketika dihubungi mStar Online, Ahad.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kickdefella yang mencabarnya berdebat mengenai isu tuntutan royalti minyak Kelantan kerana merasakan bukan taraf Nazri untuk berdebat dengan menteri.
Mengulas lanjut, Nazri berkata dia hanya akan berdebat dengan individu-individu berintegriti dan mempunyai kaitan dengan isu yang dibangkitkan.
Dia turut mempertikai integriti Kickdefella yang membuat cabaran tersebut.
"Siapa dia dalam isu ini...tak ada kena-mengena. Saya tak pernah tengok dia berdebat dengan sesiapa. Integritinya dipersoal.
"Saya ada pengikut 30,000 orang, kalau dia ada lebih kurang saya (pengikut) mungkin boleh ajak debat," katanya.
Nazri berkata dia hanya mengenali blogger berkenaan melalui kontoversi yang dicetuskan.
"Saya pun tak kenal dia, kenal setakat blogger yang cetuskan kontroversi dan saman orang di mahkamah," katanya.
Mengulas tanggapan dia bukan calon yang setanding untuk berdebat dengan menteri, Nazri berkata beliau bertindak mewakili rakyat.
"Saya yang hantar memo kepada Petronas. Kedua-dua menteri telah beli respons.
"Saya NGO mewakili rakyat ada hujah saya dan menteri ada hujahnya sendiri...jadi saya ajak mereka berdebat," katanya.
Kickdefella, dalam sidang media ringkasnya, merujuk kenyataan yang dikeluarkan Nazri dalam akhbar Sinar Harian yang mengajak kedua-dua menteri itu berdebat.
Dia yang menganggap Nazri tidak setaraf dengan menteri untuk berbuat demikian 'menyahut' cabaran itu untuk tidak mengecewakan Nazari.
"Saya adalah antara orang yang pertama diarah untuk membuat kajian dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan iaitu yang pertama pada Pilihan Raya Umum 2008 dan kedua sewaktu Pilihan Raya Kecil Manek Urai...Pada masa itu Nazri Deraman dan NGO 'R' masih tak tahu apa-apa tenteng royalti minyak," kata Kickdefella dalam sidang media itu.
Tambahnya, debat dibuat bukan untuk mengangkat ego sesiapa atau untuk dibanggakan sebaliknya menjadi program ilmu dan menjernihkan pengetahuan rakyat Kelantan.sumber
Lambang R yang dibawa oleh mamat tu bukannya bermaksud Royalti tetapi REMOVE ! Hahaha kita "remove" saja Pakatan Haprak ni MERAK BUIH !!
MMI.
No comments:
Post a Comment