Followers

Wednesday 30 January 2013

DAPigs Peguna Melayu Untuk Pelemah Melayu Lain ??!!


Tunku Zain Al-'Abidin, Putera Raja Negeri Sembilan yang dipujuk DAP menyertai politik, mengesahkan memang wujud perbincangan mengenai tawaran daripada parti itu. 

Tunku Zain Al-'Abidin, anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, turut melahirkan rasa kecewanya apabila butiran tawaran itu menjadi pengetahuan umum walaupun ia seharusnya kekal sebagai perbincangan peribadi. 

"Ahli politik seharusnya mampu berhubung dan berkomunikasi dengan semua lapisan warga Malaysia dalam apa jua situasi termasuk perbincangan sulit asalkan masih dalam batasan perundangan negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. 

Kenyataan itu dikeluarkan apabila bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendedahkan bahawa Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook pernah meminta beliau memujuk Tunku Zain Al-'Abidin untuk menjadi calon parti itu dan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. 

Tunku Abdul Aziz berkata, beliau sudah menyampaikan hasrat DAP itu kepada Tunku Zain Al-'Abidin namun ditolak. 

"Namun begitu nasi sudah menjadi bubur. Oleh kerana perkara itu dibawa kepada pengetahuan umum, saya boleh mengesahkan bahawa butiran perbincangan dengan DAP beberapa bulan sebelum ini adalah hampir tepat," kata Tunku Zain Al-'Abidin. 

Memandangkan ia adalah perbincangan tidak rasmi, jadi tiada minit perbincangan dicatatkan, katanya. 

"Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya juga pernah dijemput untuk bertemu dan berbincang secara tidak rasmi dengan wakil-wakil parti politik yang lain," katanya. 

Tunku Zain Al-'Abidin berkata, beliau amat menghormati dan mengagumi ahli politik tanpa mengira kepartian yang berprinsip dan bekerja keras. 

"Namun, pada pandangan saya tiada satu pun parti politik pada hari ini yang mampu menyamai kejituan dan kesaksamaan visi Ayahanda Kemerdekaan yang boleh mempengaruhi saya untuk menyertai mana-mana parti," kata beliau. 

Katanya, walaupun ada pihak yang memperkatakan tidak wajar seorang putera raja membabitkan diri dalam politik, namun sejak 1957, terdapat lima putera Raja yang berbuat demikian. 

Mereka ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari Kedah yang menjadi Ahli Parlimen Kuala Muda 1955-1970 dan Perdana Menteri dari 1957 hingga 1970 (UMNO dan Semangat 46), Tunku Panglima Besar Tunku Abdullah dari Negeri Sembilan (Ahli Parlimen Rawang 1964-1974, MNO); Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim dari Terengganu (ADUN Ajil 1990-1995, Semangat 46 dan PAS), Tengku Datuk Seri Azlan Sultan Abu Bakar dari Pahang (Ahli Parlimen Jerantut 1999 hingga kini dan Timbalan Menteri Pengangkutan 1999-2008, Semangat 46 dan UMNO) dan Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail dari Perlis (Ahli Parlimen Arau 2004-2008 dan ADUN Pauh 2008 hingga kini, UMNO). 

Tunku Zain Al-'Abidin berkata, beliau sudah pun terbabit dalam 'persekitaran' politik lama sebelum ayahandanya ditabal menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11. 

Putera Raja itu menjelaskan beliau akan meneruskan penyertaannya dalam Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi dan beberapa yayasan lain untuk terus menyambung bakti.- BERNAMA

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels