Untuk makluman ampa kedua-dua makanan kat atas tu adalah antara makanan "favourite" MMI , karipap kalau pekena dengan inti sardin boleh balun dekat setengah bakul hehe lepas tu pula "hot dog" makanan mat-mat salleh dan pak-pak itam kat luar negara noo tapi kat Malaysia ni dah jadi biasa dah.Jadi cerita dia kalau MMI jumpa antara dua ni mesti beli dan makan.
Sebenarnya jika kita perhalusi betul-betul ada makna disebalik kedua-dua makanan tersebut.Ada setengah orang tu suka fikir yang bukan-bukan tapi "sorry"lah bukan itu maksud MMI.Jika kita sebut karipap ni selalunya mesti terarah kepada orang Melayu sebab ianya merupakan kuih tradisional orang Melayu itu sendiri.
Dalam masa yang sama karipap ni ada sejarahnya sebab ianya turut diminati oleh mereka daripada Thailand dan Singapura.Jika nak dikira asal-usulnya ada 4 buah negara yang terkenal dengan karipap ni iaitu Malaysia,Brunei,Singapura dan Indonesia.Kalau nak tau sejarah selanjutnya ampa Klik Sini.
Macam tu juga dengan "Hot Dog" makanan orang-orang barat khususnya di Amerika Syarikat.Konon pada menjelang akhir abad 19, seorang penjual sosej bernama Anthony di Amerika yang pertama membuat hotdog. Rupanya saat Anthony menjual sosej yang panas, selalu meminjamkan kepada pelanggannya sepasang sarung tangan putih, supaya tidak dilukai oleh sosej yang sangat panas. Namun para pelanggannya malah selalu tidak mengembalikan sarung tangan tersebut, entah sengaja atau tidak. Hal tersebut membuat Anthony mengalami kerugian besar.
Akhirnya Anthony memikirkan cara untuk mengatasi hal tersebut, yakni sosej yang panas tersebut diapit dengan roti, dipegang tidak merasa panas malah rasanya juga enak, dan makanan ini dinamakan hotdog.
Sekarang ni kita dah sedia maklum bahawa kedua-dua makanan ini datangnya daripada negara dan bangsa yang berbeza cumanya tak pastilah lah pula MMI karipap ni ada jual dekat Amerika ka dak ?
Yang pasti "hot dog" ada jual di Malaysia dan semua bangsa beli dan makan mengikut citarasa masing-masing.
Jadi kita juga kena faham betapa kita rakyat Malaysia ni cukup mudah untuk didekati.Dalam erti kata lainnya kita mudah mesra dengan sesiapa saja asalkan ianya tidak mendatangkan keburukan.
Namun sejak akhir-akhir ni rakyat Malaysia terlalu ambil mudah dengan prinsip ini hinggakan kita menerima apa saja yang kita rasakan sesuai dengan kita tanpa mengambil kira kesannya kepada masyarakat dan negara.
Lihat saja bagaimana ada pihak-pihak di Malaysia yang sanggup bersahabat dengan mereka di luar sana yang jelas niat dan matlamat mereka untuk menghancurkan negara yang kita sayangi.
Jangan lupa ada juga rakyat kita sendiri yang pergi ke luar negara dan memburukkan negara sendiri.
Soalnya mengapa kita sanggup melakukan semua itu sedangkan kita langsung tidak pernah memikirkan untuk meletakkan karipap sebaris dengan "hot dog" dan melihat ianya turut dijual di negara-negara lain ?
Mungkin ampa semua ada pandangan tersendiri...
Psstt dengar cita Yuna bercinta dengan mat salleh..emm karipap pilih "hot dog" !!
MMI.
No comments:
Post a Comment