Followers

Wednesday, 23 January 2013

Mak Tom Jatuh Sakit , Azwan Meroyan , Umi Pertahan Azmin Meraban !!


Rasanya tidak ada keluarga lain yang mampu menandingi keluarga Pak Ali yang benar-benar terlibat dalam kancah politik negara.Walaupun keterlibatan mereka itu bukan atas dasar satu parti tetapi boleh dikatakan semuanya terlibat dengan cara dan pendekatan masing-masing.

Mak Tom merupakan seorang Ibu yang MMI rasa cukup tabah dalam menghadapi dugaan daripada Allah SWT walaupun Azmin antara mereka yang terlibat dalam kumpulan yang mahukan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.Sebagai seorang ibu sudah semestinya naluri keibuannya dapat merasai apa yang sedang berlaku terhadap anak-anaknya.

Apatah lagi dalam dunia politik yang kini sudah mencorak keperibadian Azmin hinggakan begitu taksub terhadap perjuangan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.Malah Azmin sendiri sanggup membelakangkan keluarga serta ibunya semata-mata kerana ketaksubannya terhadap Anwar dan perjuangan PKR.

Pasti ramai yang telah pun mengetahui bagaimana Azmin sanggup mengenepikan soal maruah kakaknya sendiri Umi Hafilda dalam isu surat kepada PM yang ketika itu Tun Mahathir.Jangan lupa Azmin pernah menawarkan wang tunai kepada Umi Hafilda semata-mata untuk menarik atau tidak mengaku bahawa surat yang dihantar kepada Tun Mahathir berkenaan salah laku seks songsang Anwar bukan daripada beliau malah meminta supaya Umi mengaku beliau diarahkan oleh orang lain untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Malah Azmin sanggup pula membiarkan kakaknya merengkok dipenjara akibat ditahan oleh pihak polis dan sepanjang penahanan itu Umi Hafilda dilayan umpama pengganas seperti tahanan di "Guatanamo Bay" Klik Sini.

Dalam masa yang sama ketika Umi Hafilda naik turun mahkamah siapakah yang sering saja bersama mengiringi Umi kalau bukan Azwan Ali.Ketika itu Azwan bukan saja menjadi benteng mempertahankan Umi Hafilda malah menjadi pencetus semangat buat Umi Hafilda berdepan dengan mahkamah.


Begitulah sedikit sebanyak kisah keluarga Pak Ali yang tidak asing lagi dalam dunia politik tanahair.Kini kisah keluarga ini berterusan dengan insiden terbaru sewaktu Umi Hafilda melangsungkan perkahwinannya Mak Tom dikhabarkan telah jatuh sakit dan isu ini mula dimainkan oleh Azwan Ali yang kini sudah berputar menjadi penyokong tegar kepada Azmin pula.


Sebelum ni, portal Murai.com melaporkan ibu kepada Azwan Ali iaitu Mak Tom dikatakan jatuh di bilik air pada malam persandingan Ummi Hafilda.

Yang menariknya, Azwan Ali dilihat mengeluarkan kenyataan pedas mengenai isu tersebut di laman Twitter beliau yang disifatkan sebagai 'biadap' terhadap ibu sendiri oleh segelintir peminat beliau..

Menurut Azwan, kejadian itu adalah balasan di atas perbuatan Mak Tom dan Ummi Hafilda diatas apa yang dorang lakukan pada dirinya sebelum ni..Baca Seterusnya 

Tweet oleh Azwan ini telah menyebabkan Umi Hafilda mengeluarkan kenyataannya dan perang saudara ini berterusan lagi..

Ummi Hafilda menegaskan ibunya, Mak Tom sememangnya mempunyai sakit yang teruk dan bukanlah menerima bala seperti yang dikatakan oleh abangnya, Azwan Ali.Ummi menerangkan umur ibunya sudah pun mencecah 80 tahun dan sememangnya kerap mengalami gangguan kesihatan.

Mengulas mengenai tuduhan yang mengatakan Mak Tom jatuh dalam bilik air kerana mendapat bala pada hari perkahwinannya, Ummi menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tahap kesihatan ibunya tiada kaitan dengan majlis perkahwinannya.Malah, Ummi memberitahu Mak Tom terlalu letih kerana berjaga terlalu lama dan tidak cukup rehat kerana melayan tetamu yang ramai datang ke rumah.

“Mak memang sakit. Mak Tom keluar masuk hospital terlalu kerap. Hampir setiap bulan dia akan dimasukkan ke hospital kerana enam penyakit yang dihidapinya, kencing manis, sakit jantung dan macam-macam.“Ia tak ada kena-mengena dengan majlis perkahwinan saya. Fikirlah secara logik, Mak Tom, orang tua yang berusia 80 tahun, ‘anything can happen’. Bila ada ‘function’, masa untuk Mak Tom berjaga sampai pukul 2 hingga 3 pagi, mestilah letih dan tak cukup rehat.

Jangan jadikan isu mak saya jatuh sakit sebagai menerima bala,” kata Ummi ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.Kata Ummi lagi, sekiranya ada pihak-pihak yang tidak percaya dengan tahap kesihatan Mak Tom, pihak tersebut bolehlah melakukan pemeriksaan rekod kesihatan Mak Tom di dua buah hospital yang sering dikunjungi untuk merawat sakitnya.

Azwan sendiri tidak pernah pulang menjenguk ibunya untuk mengetahui keadaan diri dan kesihatan Mak Tom.Malah, Ummi turut menyelar tanggapan Azwan yang mudah mengatakan isiden itu sebagai satu bala.“Tak perlu cakap bala, ‘this is too much!’ Saya sendiri beritahu abang-abang saya mengenai kesihatan Mak Tom, melalui Twitter juga, tapi tidak ada respon. Mereka juga tidak pernah pulang menjenguk mak sendiri, dan ini dikatakan bala? 

Mereka sendiri sebenarnya yang menempah bala di dunia ini kerana syurga di bawah tapak kaki ibu mereka.“Yang tetap menjaga Mak Tom, tetap saya dan kakak-kakak saya. Jadi di mana mereka ketika Mak Tom sakit dan kemudian bercakap seperti ini? Jadi, orang-orang yang keluar masuk hospital itu boleh disifatkan menerima balalah?” luah Ummi.Tambah Ummi lagi , dia enggan cerita itu diperbesarkan. Selanjutnya

Begitulah adanya kisah "The Family" yang MMI rasakan mempunyai hubung kait dengan pentas politik tanahair.Pasti ramai yang mahukan kepastian mengapa MMI bawakan eksklusif cerita tentang keluarga Pak Ali kali ini ? Sebenarnya ada sesuatu yang harus kita lihat dalam setiap insiden yang melibatkan keluarga Pak Ali.

Walaupun ianya menceritakan tentang keluarga lain yang tidak ada kena mengena dengan diri kita namun ianya penuh dengan pengajaran yang seharusnya kita jadikan sebagai pedoman.

Percaya atau tidak dalam isu keluarga Pak Ali , sama ada Umi , Azwan mahupun Azmin manusia yang paling tertekan dan menanggung beban yang teramat sangat adalah Mak Tom.Sebagai seorang ibu beliau sudah pasti mengharapkan anak-anaknya dapat menjadi penghibur disaat beliau melalui zaman-zaman tuanya.

Percayalah ianya sarat dengan nasihat supaya kita semua sesibuk mana pun , berbeza apa pun yang penting jangan sesekali menjadikan ibu sebagai mangsa keadaan kerana syurga itu dibawah telapak kakinya.

Sama ada kita bertahan,meroyan malah meraban sekalipun ianya sudah tidak berguna sekiranya manusia yang kita gelar sebagai ibu itu pergi meninggalkan kita.Gunakanlah masa yang masih terluang ini untuk kita bahagiakan mereka.

MMI.

3 comments:

  1. Azwan ni pondan gila.....dok meroyan macam betina...

    ReplyDelete
  2. ini keluarga jahanam lah bro.. sekor2 sakit otak.. family of the damn...

    ReplyDelete
  3. azwan sakit otak..

    ReplyDelete

Labels