Followers

Wednesday, 23 January 2013

PAS Harus PECAT Dr Dzulkifli Ahmad !!


Isu kalimah Allah kini masih belum reda walaupun ada pihak khususnya dalam parti PAS yang sudah pun membuat keputusan supaya kalimah Allah tidak digunakan oleh bukan Islam.Majlis Syura PAS yang sebelum ini diuji integritinya sebagai badan paling utama dalam parti terpaksa diheret untuk bertungkus-lumus menyelamatkan maruah parti yang sudah semakin hilang arah kerana tindakan serta perbuatan pemimpin tertinggi mereka yang jauh menyimpang dari pendirian Majlis Syura sendiri.

Malah tidak keterlaluan jika MMI katakan sebahagian besar juak-juak PAS yang selama ini menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan parti songsang ini merasakan hak mereka dinafikan setelah Hadi selaku Presiden membuat kenyataan bersama sahabat sesyurganya membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Soalnya dengan siapa Hadi berbincang ? Jika mengikut kronologi isu ini jelas banyak pihak tidak bersetuju dengan kenyataan Hadi malah setelah bantuan kecemasan dilakukan oleh Majlis Syura barulah Nik Aziz dan Mat Sabu dilihat melakukan U-Turn dengan turut bersetuju supaya kalimah Allah tidak digunakan oleh bukan Islam.

Disini saja jelas menunjukkan PAS sebagai sebuah parti politik sudah pun mengamalkan dasar rejim ataupun kepimpinan kuku besi apabila Presiden mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan dengan membelakangkan pandangan banyak pihak khususnya melibatkan parti sendiri.

Dalam masa yang sama Dr Dzulkifli Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor dalam satu forum baru-baru ini tetap dengan pendirian mempertahankan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Baca kenyatan dibawah yang dipetik dari blog PDTM ,

Inilah manusia paling celaka dalam negara Malaysia yang tercinta ini dan yang paling malangnya manusia celaka ini menjadi Ahli Parlimen kawasan aku sendiri di Kuala Selangor.

Kerana terlalu terdesak untuk memenangi undi kaum bukan Islam Dzulkifli Ahmad sanggup mempertahankan penggunaan kalimah Allah untuk kaum bukan islam.


Dalam Forum PASS FOR ALL pada 20 Jan 2013 di Petaling Jaya dengan bangganya dia mempertahankan penggunaan kalimah Allah untuk bukan islam. 

Dia tetap berkeras mengatakan Kalimah Allah sudah digunakan oleh agama lain sejak sebelum zaman nabi lagi dan bagi aku semua orang sudah lama faham dan jelas tentang perkara tersebut dan tiada siapa pun yang menafikannya.

Tetapi persoalannya mengapa setelah ribuan tahun baru kini DAP mahu kalimah Allah digunakan dalam Bible!

Di situ sudah jelas menunjukkan sesuatu yang mencurigakan dan tidak masuk akal.

Bagi aku, kumpulan yang mempertahankan keputusan PKR dan DAP Pusat adalah golongan yang terdesak mahukan kuasa dan jawatan. 

Mereka ini takut tidak terpilih sebagai calon pada PRU ini jika menentang keputusan tersebut dan ini terbukti apabila PAS sendiri tidak mampu memberikan satu desakan bahwa apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa itu harus dihormati dan dipatuhi.

Apa yang menariknya disini ialah, semakin hampir PRU semakin nampak kacau bilau kesepakatan Pakatan Haram DAP, PAS dan PKR.

Mereka tidak dapat membuat keputusan yang sekata dan saksama sebaliknya masing-masing mahu menunjukkan kekuatan parti mereka sendiri dan mahu menjadi hero dikalangan mereka.

Akhir sekali, INIKAH DIA KERAJAAN YANG KITA MAHUKAN UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA NANTI?... Fikirlah..

ALLAH pun mereka jual.... Negera dan bangsa ni celah gigi je..Klik Sini

Apa yang MMI mahu rakyat tahu adalah sehingga entri ini ditulis PAS sama ada Majlis Syura mahupun saf kepimpinan yang telah seia dan sekata bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam masih diam membisu seribu bahasa.

Dimana suara Mursyidul Am dalam menangani isu yang dah semakin menyonsang ini ? Berlaku pandangan berbeza dalam parti PAS sendiri melibatkan kepimpinan mereka dan mengapa mereka-mereka ini yang secara jelas sudah pun membelakangkan keputusan parti langsung tidak diambil apa-apa tindakan ?

Seharusnya Hadi dan Dr Dzulkifli WAJIB dihadapkan ke lembaga disiplin parti yang kononnya mengistiharkan Islam sebagai perjuangan mereka.

MMI hairan mengapa dalam soal Hasan Ali dan Nasharuddin PAS boleh pula memanggil mereka mengadap sama ada lembaga disiplin parti mahupun Majlis Syura PAS tetapi dalam soal yang melibatkan kalimah Allah mereka masih berdiam diri ?

Apakah keputusan Majlis Syura itu dibuat semata-mata untuk mengaburi mata dan hati juak-juak PAS yang kini semakin resah dengan perkembangan parti atau ianya dibuat kerana mereka benar-benar ikhlas mahu mempertahankan kesucian Islam ?

Atau mungkin ianya sekadar wayang bagi meredakan keadaan buat seketika ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels