Followers

Wednesday 16 January 2013

Mengapa Tiba-Tiba Anwar Tarik Balik SAMAN Terhadap Khairy ??


Pagi ini kita dikejutkan dengan satu berita tentang Anwar Ibrahim tarik balik saman terhadap Khairy Jamaluddin.Mungkin bagi sesetengah diluar sana ianya perkara biasa tapi bagi MMI ianya agak menarik dan mempunyai rasanya yang tersendiri.

Isu saman menyaman ni sudah menjadi perkara biasa dalam dunia politik hari ini.Bukan saja melibatkan pemimpin politik dari kedua-dua belah pihak tetapi turut mengheret barisan blogger sama ada pro kerajaan mahupun pro pembangkang.

Itulah lumrah dalam dunia berpolitik hari ini , memetik peribahasa yang berbunyi "Kalau Takut Di Lambung Ombak Jangan Berumah Di Tepi Pantai" ianya bolehlah disamakan dengan mereka-mereka diluar sana sama ada mahu terlibat dalam dunia politik mahupun terlibat dalam dunia maya kerana kita tidak tahu bilakah kita akan atau mungkin menjadi mangsa kepada politik itu sendiri.

Namun bukan soal itu yang MMI mahu kongsikan , bicara ini mahu menyentuh mengapa dengan tiba-tiba Anwar Ibrahim bertindak untuk menarik saman terhadap Khairy Jamaluddin ? Apakah kerana kes itu dilihat tidak mempunyai kekuatan untuk menang ? Apakah kerana Anwar hampir kontang koceknya ? Apakah kerana aura Khairy Jamaluddin ? dan banyak perkara jika difikirkan agak lucu memandangkan yang menarik balik saman ini adalah seorang manusia yang terkenal dengan "investment"nya melalui saman menyaman ini siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim.

Bagi MMI hanya 3 perkara sahaja yang menyebabkan Anwar membuat keputusan menarik balik saman tersebut.

PERTAMA suasana politik hari ini yang tidak memihak kepada Pakatan Haprak.

KEDUA gagalnya himpunan shamsidar baru-baru ini.

KETIGA dan TERPENTING kerana saksi yang bakal di tampilkan oleh Khairy Jamaluddin adalah Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Senator Ezam Mohamad Nor.

Jawapan mudah kepada penarikan balik saman ini adalah kerana timbulnya saksi bernama EZAM MOHAMAD NOR.

Jelas sekali Anwar Ibrahim TAKUT untuk berdepan dengan Ezam Mohamad Nor bekas Setiausaha Politiknya sendiri.Soalnya mengapa ? kerana Anwar GENTAR , dalam keadaan Pakatan Haprak yang semakin berantakan beliau juga bimbang kes ini bakal mencetuskan isu baru yang bakal menelanjangkan manusia bernama Anwar Ibrahim dan seterusnya melumpuhkan Pakatan Haprak.Baca Selanjutnya 

Anwar tarik balik saman ! Malu la weiii...

MMI.

2 comments:

  1. anwar tarik balik saman ke...kj ni tarik balik fitnah die???

    ReplyDelete
  2. anwar taste kat KJ kot sebab KJ hensem macho hehehehe

    ReplyDelete

Labels