Followers

Wednesday 9 January 2013

Mulut Pemuda PAS Terkunci Kerana TUHAN Sudah Berkata-Kata ?!!


Ramai yang dah pun tahu tentang isu Hadi dan barisan ahli majlis fatwanya yang terdiri daripada Anwar dan Kit Siang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain.Malah pelbagai pandangan dan pendapat sudah pun kita baca dan dengar.

Malah semenjak pagi tadi di kedai-kedai kopi dan di mana saja perbualan yang berkisar tentang keputusan ini mendapat ranking paling utama dalam semua tajuk yang diperbincangkan.

Begitulah hebatnya Hadi dan majlis fatwanya walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan , Sultan dan banyak pihak lainnya sudah pun mengeluarkan keputusan malah sudah pun mewartakan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja.

Dalam keributan dan cakap-cakap banyak pihak ini MMI tertarik dengan kenyataan daripada Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat , siapa lagi kalau bukan mamat pembohong lagi putar belit yang sudah pun mendapat malu semata-mata kerana nak menang dalam debat tempoh hari.
SHAH ALAM: Ahli PAS akur dengan keputusan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dalam kitab Bible Bahasa Melayu.

Ketua Pemuda PAS,"Berhubung kalimah Allah itu, saya sudah tidak boleh memberikan sebarang komen. Presiden telah keluarkan kenyataan, jadi kita anak buah ni...fullstop (berhenti dan akur).

"(Keputusan) itu sudah dibincangkan dalam (mesyuarat) PAS Pusat. Maknanya apa yang dia (Presiden) kata itu, muktamad dan mewakili parti," ujarnya dengan nada kecewa.Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah sungguhpun ia tidak mencapai maksud penuhnya dalam agama Islam.Kenyataan beliau itu menyokong desakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahukan kitab Bible Kristian di Semenanjung Malaysia dibenarkan mengguna kalimah Allah.
Bagaimanapun kenyataan Hadi itu bertentangan dengan pendirian beberapa pemimpin PAS lain termasuk Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Beliau menegaskan Allah tidak wajar digunakan dalam terjemahan Bible.Namun kata Hadi, isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible adalah isu terjemahan semata-mata.sumber
Melihat kepada kenyataan beliau selaku pemimpin anak muda dalam parti PAS cukup menyedihkan malah di mana pendirian beliau selama ini yang begitu lantang dalam usaha memerangi siapa saja yang cuba untuk mencemarkan kesucian agama Islam ?

Menyatakan bahawa pemuda harus "fullstop" kerana presiden parti sudah mengeluarkan kenyataan memberi makna bahawa pucuk pimpinan langsung tidak mendengar pandangan akar umbi malah ianya seolah-olah berupa satu arahan supaya yang lainnya jangan sesekali mempertikaikannya walaupun jauh di sanubari sebahagian besar juak-juak Pas sendiri tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Barangkali Ketua Pemuda PAS ini terpaksa akur dengan Tuhan parti mereka sendiri ?!!

MMI.

2 comments:

  1. NASA TANTIAUUUUUU,(tanya cina apa makna tantiau).
    Pemimpin PAS ni takut!Kalau berani tentang/bantah,DAP angkat kopiah dan sengkeh kepala!!!!Inilah satu-satunya parti POLITIK DALAM DUNIA yang x berperinsip perjuanbgan!Asalkan kenyang sapu je puak2 PAS,balasan neraka lambat lagi!

    ReplyDelete
  2. salam perjuangan.blog ini telah dipautkan.mohon pautan semula.tq
    apple-biru.blogspot.com

    ReplyDelete

Labels