Followers

Wednesday 2 January 2013

Pakej Komunikasi Belia Sudah Bermula !!


Seperti yang dijanjikan 1 telefon pintar untuk 1 belia melalui Pakej Komunikasi Belia kini sudah pun membuka pendaftarannya.Kepada belia-belia di luar sana cepat lakukan pendaftaran segera kerana ianya hanya untuk 1.5 juta belia sahaja.

Kepada ampa semua yang mahu melakukan pendaftaran boleh berbuat demikian dengan klik di SINI.Tapi pastikan yang umur 21 sampai 30 tahun saja , yang lebih umur tu himpun duit beli sendiri.


Untuk makluman, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat seperti umur diantara 21-30 tahun, dan berpendapatan dibawah RM3000 sebulan.Yang selebihnya ampa baca dalam laman SKMM yang MMI pautkan kat atas sana tu.

Hampir 5,500 orang belia yang berumur dari 21 hingga 30 tahun telah mendaftar setakat pukul 7 malam semalam untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) untuk pembelian telefon pintar peringkat permulaan pada hari pertama pendaftarannya dibuka.

Bilangan pendaftaran terus meningkat ketika kenyataan ini dikeluarkan. Skim PKB dilaksanakan oleh tujuh syarikat telekomunikasi, yakni Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications dengan koordinasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kami bersyukur dan gembira dengan sokongan yang diberikan orang ramai terhadap skim ini. Sambutan menggalakkan ini menunjukkan bahawa masyarakat, khususnya golongan belia, bersedia bergerak dalam zaman ICT dan menerima baik perkembangan teknologi dunia internet," kata Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM. - BERNAMA

Ok jangan lupa terima kasih dekat kerajaan , 1.5 juta pastinya bakal menjadi beliau pintar semoga Malaysia terus makmur ! 


Mana tau tahun depan orang-orang yang umur macam MMI ni pun boleh dapat rebat telefon pintar juga hehehe..Tua sangat ka aku ni ?? 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels