Sejak Jumaat hingga pagi semalam merupakan hari-hari yang cukup meletihkan buat MMI.Banyak perkara perlu diselesaikan dalam satu-satu masa menyebabkan hampir seluruh tenaga hilang.Demi tugasan maka ianya perlu diteruskan namun keletihan itu tidak dirasai apabila kita mempunyai pasukan yang baik dan mampu bekerja dengan penuh komitmen.
Terima kasih MMI ucapkan kepada Uruk-Hai dan rakan-rakan lain yang telah bertungkus-lumus sepanjang 3 hari ini percayalah hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.
Apa pun yang berlaku perjuangan ini perlu diteruskan , perkataan dan kata-kata itu sudah terpahat dalam hati dan sanubari MMI dan kerana itu (setelah MMI "recharge" bateri) hehe berehat kini MMI kembali.
Kembalinya MMI kali ini untuk berkongsi dengan semua tentang satu pengalaman yang tidak mungkin MMI lupakan kerana berlaku sesuatu yang menarik sepanjang 3 hari yang lalu.
Bukan soal himpunan di Stadium Merdeka yang MMI nak ceritakan tetapi tentang masyarakat kita sebenarnya.Sepanjang 3 hari ini MMI bertemu dengan begitu ramai sekali masyarakat tanpa mengira usia dan bangsa.Dan dalam setiap pertemuan itu ternyata mereka bukannya terdiri daripada mana-mana jentera parti sama ada pembangkang mahupun kerajaan.
Dari riak wajah mereka jelas memperlihatkan mereka adalah masyarakat dan rakyat yang datangnya dari golongan yang kita selalu sebut sebagai "ATAS PAGAR".
Percaya atau tidak mereka-mereka yang bertemu dengan MMI jelas tahu bahawa kehadiran mereka itu sudah pasti akan bersama dengan jentera UMNO dan Barisan Nasional kerana program yang dijalankan dianjurkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Perlu diingat program yang MMI maksudkan ini bukannya diadakan di dalam dewan mahupun tempat-tempat statik tetapi ianya bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa acara formal.
Tidak perlu MMI "detail"kan tentang program tersebut cukup dengan satu persoalan , Apakah rakyat dan masyarakat khususnya yang di sebut sebagai "ATAS PAGAR" kini sudah bersama kita ?
Jika merujuk kepada pengalaman MMI sepanjang 3 hari yang lalu rasanya rakyat hari ini semakin mempercayai perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.
Mungkin ada sesetengah pihak diluar sana yang mencemuh entri MMI kali ini namun untuk makluman setelah MMI melakukan sedikit carian maklumat ternyata apa yang berlaku sepanjang 3 hari ini nampaknya ada benarnya.
Rujuk kenyataan di bawah ,
Kota Bharu: Rakyat Kelantan mengakui hasil transformasi dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berjaya memberi impak besar kepada ekonomi rakyat serta pembangunan negeri ini.Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menasihatkan segelintir pemimpin parti peringkat pertengahan menghentikan segera segala tindakan yang boleh mencemarkan imej parti, sekali gus membantutkan transformasi itu.“Hasil pemantauan saya, mendapati rakyat negeri ini melihat Najib sudah berjaya melakukan banyak perubahan, termasuk pembangunan Kelantan walaupun tidak sampai empat tahun beliau menjadi Perdana Menteri.“Rakyat Kelantan begitu dahagakan perubahan selepas 22 tahun di bawah pemerintahan PAS dan sentiasa menantikan apa yang kita (UMNO) lakukan (untuk perubahan).“Sekiranya kita masih di takuk lama (tanpa perubahan), tentu akan kalah pilihan raya umum nanti,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini, semalam.Baca Seterusnya
Namun perlu diingat sebagai barisan pejuang kita tidak boleh sesekali leka dan lalai.
Sekiranya rakyat senang dan yakin kepada perjuangan kerajaan hari ini maka menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan kepercayaan mereka itu dibalas dengan kemajuan serta kemakmuran yang terbaik supaya kejayaan Malaysia juga menjadi kejayaan kita bersama.
Bagi MMI bukan soal atas pagar,bawah pagar,hujung pagar,dalam pagar atau mana-mana tempat berkaitan pagar kerana yang terpenting hari ini adalah kita terus berjuang dan bekerja demi kemakmuran bersama.
Negara yang aman tanpa sebarang kekacauan pastinya diumpamakan sebagai air terjun yang bersih lagi cantik yang mampu menarik orang ramai untuk merasai kesejukan airnya.INGAT TU !!
MMI.
No comments:
Post a Comment