Followers

Monday, 17 October 2016

Patutnya Dah Lama PAS Tinggalkan DAP !


Ramai yang sedar dan tahu betapa hubungan antara DAP dan PAS seolah-olah sepasang anak muda yang baru berkahwin yang kemudiannya bercerai-berai kerana keangkuhan dan sikap menekan sehinggakan wujud istilah pencacai.

Senario ini bukan main-main dan ianya jelas terhidang kepada seluruh rakyat Malaysia semenjak PAS bersama-sama dalam Pakatan Rakyat menghadapi PRU13.Walaupun pada ketika itu ramai dari kalangan penyokong dan pemimpin PAS menutup telinga dan membutakan mata demi mencapai matlamat merampas kerajaan persekutuan dari tangan BN , mereka sebenarnya cukup terkesan dan jiwa sebahagian besar daripada mereka-mereka ini sebenarnya terjejas dan bergelora.

Akibat daripada itu sebahagian daripada kumpulan ini sebenarnya sudah pun tampil dan menyuarakan suara hati mereka terhadap sikap menekan dan pilih kasih yang ditunjukkan oleh DAP khususnya di Pulau Pinang.


Pernah tercatat dalam kalendar , PAS Pulau Pinang tampil dalam satu sidang media di ketuai oleh Mohd Fauzi bin Yusof Timbalan Pesuruhjaya negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan barisan jenteranya menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap cara dan corak pentadbiran manusia yang mereka sendiri AKUI sebagai kepimpinan yang punya ciri-ciri khalifah.

Dan lebih hebat lagi suara akar umbi PAS ini bukan sahaja tidak di layan tetapi turut dikhianati pemimpin mereka sendiri.Inilah sebenarnya asas yang perlu PAS jadikan sebagai pedoman betapa kedudukan dan kuasa itu jauh mengatasi prinsip dan pendirian sepasukan.

Tak percaya ? BACA SINI !

Jelas dan terang bagaimana ikatan yang wujud itu hanyalah bersandarkan kepada kehendak nafsu politik semata-mata sedang hakikatnya mereka-mereka yang dibawah menjadi mangsa kerakusan pemimpin diatas untuk terus bersenang lenang.

Rasionalnya MMI melihat (pada ketika itu) PAS terlalu membuka ruang kepada semaian ideologi politik DAP untuk terus meresap ke dalam parti tersebut.Benih yang disemai melalui agen-agen DAP cukup berjaya sehingga akhirnya PAS tidak lagi berupaya menjadi check & balance dalam Pakatan Rakyat.

Prinsip perjuangan parti itu semakin longgar dengan pelbagai usaha menghalalkan cara walaupun mereka sedar apa yang berlaku dan sedang berlaku itu menyimpang dari matlamat dan asas perjuangan PAS sendiri.

Natijahnya apabila segelitir dari kalangan pemimpin PAS mula sedar bahawa parti itu sudah terlalu jauh menyongsang dari matlamatnya , DAP dengan bingkas bangkit mencela PAS malah sampai ke tahap menolak PAS dari Pakatan Rakyat.

DAP tidak memerlukan PAS , begitulah antara lontaran suara DAP terhadap parti yang selama ini tunduk menjadi pencacai kepada tiap agenda politik terancang parti cauvinis itu melalui Pakatan Rakyat.Malahan Hadi Awang disalahkan dan DAP menuding jari bahawa Hadilah penyebab kepada terputusnya hubungan diantara kedua-dua parti tersebut.


Lihatlah betapa liciknya DAP , berkawan sewaktu menguntungkan dan bermusuh di waktu merugikan !

Kenapa DAP secara tiba-tiba menolak dan mengecam Hadi Awang ?

Semuanya gara-gara tindakan pemimpin PAS itu yang kini dilihat tidak lagi bersetuju dengan agenda terancang DAP khususnya dalam hal berkaitan gerakan haram BERSIH.
Pas mengingatkan pembangkang agar jangan sesekali mencipta musim atau ‘spring’ yang tiada di negara ini semata-mata untuk menggulingkan kerajaan dengan menganjurkan Bersih 5.0 kerana najitahnya merugikan semua pihak. 
Tampil dengan kenyataan pa­ling tegas setakat ini, Presiden­nya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pembangkang perlu insaf serta mengambil iktibar daripada ‘Arab Spring’ yang kini diibaratkan buah beracun sehingga meragut nyawa tanpa batas. 
Beliau yang tampil menyatakan pendirian itu sehari selepas Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan mengulangi pendirian Pas menolak Bersih 5.0 menambah, ‘Arab Spring’ diharapkan berbuah lazat tetapi realitinya hanya menghasilkan ulat dan racun. 
“Buahnya berulat dan beracun, membunuh mangsanya lebih dahsyat daripada wabak penyakit biasa sehingga meragut mangsanya tanpa batas. Banyak darah yang telah mengalir, korban yang gugur, menjadi pelarian serta menunggu giliran (untuk dibunuh). 
“Di Malaysia tiada musim bernama ‘spring’, yang ada hanya musim hujan dan kemarau. Maka jangan ciptakan musim yang tidak ada di sini. Tunggu dan beristiqamah bersama Islam, nescaya selamat. Adapun tanpa Islam menjadi laknat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Seterusnya 
Pada MMI baguslah sekurang-kurangnya kepimpinan PAS sudah mula menghidu betapa kehadiran DAP dalam kancah politik negara bukan hanya sekadar bersahabat tetapi lebih dari itu.Insiden penghinaan terhadap pemergian Arwah Datuk Harun Din seharusnya menjadi alasan terakhir kepada PAS dalam memperteguhkan keputusan untuk tidak lagi bersama dengan DAP.

Malah ketegasan itu nampaknya semakin kuat apabila Mursyidul Am PAS yang baru , Ustaz Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menyifatkan hubungan PAS dengan DAP ibarat 'berpatah arang' kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya kerjasama dengan DAP pada PRU ke-13 lepas berdasarkan 'tahaluf siyasi' (pendekatan politik) bersyarat manakala kerjasama dengan UMNO atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredhaan Allah SWT.

"Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk dua kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP," kata Hashim pada sidang media baru-baru ini.Sambung SINI 

Banyak lagi sebenarnya yang telah berlaku akibat daripada hubungan songsang tersebut namun apa jua yang sedang berlaku akhir-akhir ini bolehlah kita sama-sama anggap sebagai jalan terbaik kepada kekuatan umat Melayu dan Islam.

Yang pasti akan ada pihak-pihak tertentu yang mengaku berbangsa Melayu dan beragama Islam akan cuba untuk merubah pendirian PAS agar terus bersama dengan Pakatan Haprak.Dalam masa yang sama usaha untuk menjarakkan hubungan antara PAS dan UMNO akan terus digerakkan.

Sebagai orang bawahan , kita akan terus memerhati dan mungkin sesekali kita akan terlibat dalam menentukan jatuh bangunnya bangsa Melayu dan agama Islam di bumi bertuah Malaysia ini.

Soalnya sejauh mana kita mahu melihat Melayu dan Islam benar-benar mendominasi bumi tanah tumpah darah kita ini ?

Pilihan di tangan kita !

MMI

1 comment:

  1. Setuju tuan. Melayu kena kembali berpegang kepada tali Allah. Itu saja jalan yg selamat.

    ReplyDelete

Labels